SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Monday, November 14, 2011

BiLa kitA mEmaNg diJODOHkan..



Bila kita memang diJODOHkan..
Apa pun halangannya kita pasti akan diSATUkan dlm pernikahan..
Namun bila memang kita TIDAK diJODOHkan apa pun usaha pastikan TIADA HASILnya..



Ya Allah..Ajarkan kami mencintai dgn sederhana..Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta..Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu..Ya Allah..Jagalah kami dari dosa dunia..Jagalah dia dari dosa cinta..Aku mencintainya karana-Mu..Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah..
~~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu.•*~




Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan TANGGUNGJAWAB ayahandaku dalam memimpinku...
Engkau umpama PAKAIAN bagiku dan aku pakaian untukmu..
Pimpinlah aku agar mampu menjadi PEMBANTUmu di dunia..
Dan penDAMPINGmu di akhirat kelak..


"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)


Pesanku padamu,
~aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..♥


Saidatina Aisyah RA pernah BERPESAN : 
"Sebaik-baik WANITA adalah yang tidak memandang dan dipandang"



Jangan merasa BANGGA dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki..
Itu BUKAN KEMULIAAN..
Jika kau berasa bangga..
Menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai..
Yang boleh diPIJAK dan diMILIKi siapa saja..
Muliakanlah dirimu dengan TAQWA setanding mutiara Zabarjad..
Yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..(✿◠‿◠)

Sunday, November 13, 2011

DaRi kEraNa MATA




Hanya dari Mata turun ke Hati semuanya GAGAL dikawal...
Nipisnya IMAN kamu wahai DIRI..
Yakinlah..Hadirnya DIA, Dia, dan dIA adalah utk menguji CINTA yang pernah kau lafazkan pada KEKASIH UTAMA mu..
SEDAR dan BANGKITlah wahai DIRI dari tidur mu yang LENA dengan CINTA MANUSIA yang belum HALAL untuk mu..
Wahai HATI jaga lah dirimu..
JANGAN jatuh CINTA sebelum MASAnya..
Perpisahan memang PAHIT tapi MANIS juga akhirnya..
Put your TRUST on ALLAH..



Teruskanlah terSENYUM..
Walau sePAHIT manapun perjalanan hidup ini yang terpaksa kau tempuhi..
Kerana di DUNIA ini TIADA apa yang akan membuka jalan pada keHIDUPan yang BARU..
Kita hanya punya SATU kehidupan..
Dan harungilah apa pun yang mendatang dengan HATI yang KUAT..
Life is a life of TEST.. 


Hidup ini adalah UJIAN untuk kita sebagai hamba-Nya..
Ingatlah..
Allah SENGAJA memberi kamu keKECEWAan kerana hanya hati yang HANCUR, LULUH dan KECEWA sahaja yang meminta untuk diSEMBUHkan oleh CINTA dan KASIH SAYANG daripada-Nya..♥

Tuesday, November 1, 2011

JoM Jadi Wanita Idaman LELAKI~







Wanita idaman lelaki ialah,
          yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,

yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, 
             yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala, 
           yang solatnya maruah dirinya,
       yang tidak pernah takut untuk berkata benar, 
yang tidak pernah gentar melawan nafsu..



Wanita idaman lelaki ialah,

         yang menjaga tutur katanya,
                   yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
          yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
                   dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan..





Wanita idaman lelaki ialah, 
         wanita yang menghormati ibunya, 
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga, 
                     yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, 
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama, 
          yang mengamalkan hidup penuh sederhana, 
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..




Wanita idaman lelaki ialah,
          yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
             yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
                        yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi..




Wanita idaman lelaki ialah,
            yang 'tidak pernah membazirkan waktu', 
matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu, 
        suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU, 
tidurnya lena dengan cahaya keimanan, 
                     bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan..


Wanita idaman lelaki ialah,
            yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
         yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,
                    meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,


Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya..
Insya-Allah..♥

Fitnah Petunjuk Istikharah

 
“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?



MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: 

Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda..

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
             2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
                     3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
              4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
         5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
                6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
          7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
                       8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
       9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
                     10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
          11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
                 13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
                      14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
           15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com