SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Saturday, April 30, 2011

Err..GigI sy!!

Assalamualaikum..(“,)

 


Erm…ramai suke usik sy bila tgok gmbar2 candid slalu nmpk sy senyum nmpk gigi penuh..

Siap kate model gigi darlie lagi..

Uish..malunyer jd bahan usikan g2..

Tp xpe..gigi sy rata you~~huhu..syukurlah..he3

Gigi mampu merungkai rahsia peribadi..jom tgok!!haha..


Jarang dan kecil 

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak  syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi  kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.
Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata 

Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa  membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?
Perasan..(^_~)..huhu..:P

Besar dan jarang 

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil 

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud  pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil,
bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu,  dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah
kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki.
Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini  agresif orangnya dan ringan tulang! 

Tidak tersusun 

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum  menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi
hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat  memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. 
Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain

Seolah masuk ke dalam

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan  tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun 

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini  dikatakan
suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!!

Sumber: di sini

Ape2 pun..bsyukurlah dengan nikmat Allah berikan..
Xsemestinya ape yg ditulis ni betul..
Klau sama pun mgkin kebetulan..
Kalau ade perkara yg baik 2 same..
Teruskan utk mnjadi yg lbh baik pula..
Andaikata sebaliknya..
Muhasabah diri & perbaiki di masa akn dtg..
Wa’Allahualam~~~~

Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang." (Riwayat Muslim)

Thursday, April 21, 2011

SaLahKah aQ mEmuJi mU?

Assalamualaikum~~


Salahkah aku memuji mu?

“saya suka tengok awak senyum..menawan..”

Hihi..seronoknya ade orang puji aku..bangga betul!![detak hati]

“Awak3..cantiklah awak hari ni..”

Amboi3~~macam flying kt atas awan la plok..eh2..xjejak tanah rase kaki ni..hua3..[teruk  btol tahap bgga dia~~:P]

Huh!tolonglah~~
Jgn biarkn diri anda hanyut dan lemas dalam pujian yep!!

Satu persoalan menjelma~~

“Salahkah saya memuji anda?..”

Tak salah..setiap yg baik i2 dtgnya drpd Dia..
Bila2 masa klau Dia mahu anytime Dia blh tarik nikmat 2 dr kita..
Dan pada saat dan ketikanya i2..tinggalah aku dgn segala kelemahan dan kkurangan ku..
Adakah kau bsedia mnerimanya?
I2 lah yg saya takut sbnrnya..sy takut bila segala nikmat i2 ditarik semula dr sy..
Sy xmampu nk mghadapi hidup ini dn myalahkan Dia atas nikmat yg ditarik..
Ttp pdhal sms ade nikmat 2 sy xbsyukur pd Dia yg mnciptakan..
Malahan terus2an b’bgga dn merasa bhgia dgn sgala pujian tsebut..
Teruk kan diri ini?
Bersyukurlah dgn nikmat yg diberikan..InsyaAllah..Allah akn tmbah lg nikmat kalau kita b’syukur..^_^



Jendela Hikmah:Oleh Prof Madya Maznah Daud

“SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah:

              “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.”
 (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya.
Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.

Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya.

              Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

              “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

              “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Begitulah dia Rasul kita..Qudwah Hasanah kita..
Walhal dalam menerima pujian pun Rasulullah telah beri kita panduan terbaik..

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda. 

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.
 

InsyaAllah..sama2 lah kita amalkan dlm khidupan seharian kita..
Alhamdulillah~~^_^



DOA MENERIMA PUJIAN

Imam An Nawawi ra meriwayatkan:

Saiyidina Abu Bakr As Siddiq ketika menerima suatu pujian dari manusia, lalu dia berkata:

"Ya Allah! Engkau lebih mengetahui tentang diriku dari diriku sendiri, dan aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka. Ya Allah! Kau jadikanlah diriku lebih baik dari apa yang mereka sangka, dan ampunkanlah dosa-dosaku tentang apa yang tidak mereka ketahui, dan janganlah Engkau siksakan aku dengan sebab apa yang telah mereka perkatakan."



*Amaran!!
Saje nk ingatkan..citer sy xbest pon..huhu

misSiNg AzitEch~~

Assalamualaikum~~


Saya Rindu!!isk3..:’(
Waa!! Rindu kat kwn2 Azitech..
My bestie..Biqa..Yun Yin..
Umi..Ainaa..Ayue..Aida..
Erm..nk jumpa kamu semua..
Tp bile ye ada mase..
Semua pun telah bawa diri masing2..
Hanya dpat ikut pkembangan dr FB jew..
I2 pun bukannya selalu sy On9 tengok shbat2 sy ni On9..


We're not friends
for gold,
or because we want
wings in the everafter.
We're friends,
because we like to chat,
and share our tears
and laughter.

We're not friends
for the sake of fame,
or for tokens we can
flaunt and show.
We're friends,
because we give each other
unexpected gifts
and many rainbows.

And I'm sending this
greeting to you today,
to let you know that
I'm thinking about you,
and hoping the day brings
you many blessings
and a sky of blue.


Hopefully u’re there with me..
But now, we are not in the same world..
Only a past memory we could share..
That I’ll never try to forget..^_^
kalau my old friend pon ade kan best!!
tp biasa lah..bila kita dapat ssuatu yg baru, kita akn khilgn pula yg lama..
life isn't perfect..
kita xkn dpt semua yang kita mahukan dalam khidupan..
maka ketika masih ada masa, hargailah sblm semuanya hilang drpd pndgan mata..<3

Sunday, April 10, 2011

tHe mOst CrazIest pOst..sO FaR..ngeee~~


As salam…




The emptiness fills in the air~~
All vision is blurry~~
??? what happen my dear?
I hug my pillow..
Listening to the music..lalala~~

Just like I don’t have to do anything..
Hei! You still not finished your job right!!!
Urm.. you’re right.. but somehow, there’s a moment I can’t do anything..
Just dreaming for all time..
How much I hate this moment don’t I!!
Am I thinking? But about what?
I also don’t know..

When ‘the time’ comes..
Everything is just not right for me..
I got headache lar..stomach ache la..
[hopefully there’s no other infectious disease..haha]

Ambulance3!!
Please take this away~~cannot stand anymore..T.T
Sleepy~~but cannot sleep sometime..
If only I can sleep without having this unsure feeling..
Cik Usna..Cik Usna..
Clicking3 something on the laptop.. searching for what huh??
Let’s dreaming.. just ignore the world outside you??huhuu..

>>>>>Start<<<<<<
Password  ******
Accepted!!
Loading..||||||||||||90%|||||||||
Completed!!
Welcome..<3

My Dream WoRld..huhuhu~~~

1stly..about my dream ring~~


Waa..seriously want this!!haha..

2nd..my luxurious home..complete with swimming pool..


with stylo interior design..hua3..


and also a big kitchen..[so I can eat as much as I want..huhu]


And...


Splash!!!
Enough!!! this is to0 much you know!!!
Such a big dreamer you eh!!!
Hahahaa..
 --> --> --> -->Exit <-- <-- <-- <-- 
Fuh!!
Feeling much better right now~~
So..go back and do your job!!!!!!

hahahahahahahahaha...



[Semuanya perkara duniawi belaka…Astaghfirullah~~]


Ingat tu!!


maaf tuk berpisah

Album : optimis sajalah
Munsyid : tashiru
http://liriknasyid.com



Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai


Reff..
Maafkanlah segala khilaf yang tlah kita terlewati
Tlah membawamu kedalam jalan yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali mngarungi hidup
Dalam ridho ilahi


Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati yeee
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki


Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru ooo
Akan membuat hati menjadi ternodai


Back to reff.
Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita oooooo..<3


Thursday, April 7, 2011

mOnoLoNg seOraNg pNcintA..

Assalamualaikum..

Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula 


Kebentakan hati membenci diri..
Atas kesilapan yg lalu..atas ketelanjuran sikap dan perilaku..
Apakah mungkin waktu dpt ku putar kembali..
Mengembalikan semuanya di tempat asal..
Sungguh aku lelah dan lemas dlm kebaikan insan..
Sungguh juga aku gentar perbalasan yg akan dipinta dr mereka..
Aq tidak berat hati menghulur bantuan ttp mnerima bantuan dr org lain i2 yg mmbuat ku keluh kisah..
Sukar sekali untuk aku mnerima pelawaan baik drpd seseorg..
Erm..entahlah mengapa diri ini seringkali dilanda syak wasangka..
Bercucuran deraian Kristal jernih memenuhi ruang kelopak mataku..
Terasa kian memberat terusan menumpah ke pipi ku..
Ya ALLAH..
T’ampunkah dosa2 ku pd-Mu?
T’kenangkan masa silam..acapkali menjadi kedukaan lewat solat ku..lewat tidur ku..
Masihkah ada sinar cahaya buatku?
Masihkah ada insan yg sudi menerima diriku apa adanya aku ini..
Memori semalam satu2 bermain d fikiranku..
Menjadi tayangan ilusi di benak ku yg kian menyesakkan dan btambah syahdu dlm sedu sedan malam..
Sukarnya utk ku kikis segalanya..
Aku pelakunya..aku insan penuh dosa dan noda..
Yg pernah menjual diri atas nama sebuah cinta penuh kepalsuan..
Sungguh aku kesal atas kebodohan dan kedaifan  diriku saat i2..
Cinta mmg tampak indah..namun hakikatnya~~
Percayalah..cinta yg tdk didasarkan pd yg HAK tdk akn kekal lama..
Nafsu yg mnguasai diri tatkala i2 mngotori nilai suci cinta tersebut..
Kini..ingin aku KUKUHkan perdirian ku..
Jgnlah kau biarkan dirimu ini patuh pd hasutan syaitan dan desakan utk kita kembali bersatu wahai nafsu dan cinta..
Sang Adam..bukan kah kau tahu..
Tanpa satu ikatan yg sah diantara kita mnjadi satu tegahan untuk ku jua dirimu bkongsi rasa yg didasarkan pd cinta nafsu semata..
Jgn lah kau biarkan aku mencuri dan membeli keimanan mu dgn keanggunanku yg tdk seberapa ini dn keperibadian ku yg penuh dgn kepalsuan ini dgn sewenangnya..
Serapuh i2 kah pegangan mu?
Bukankah kau golongan yg gagah Sang Adam?
Jgnlah pernah kau lemah kerana kami..
Meletakkan keimanan mu i2 jatuh di tempat yg t’rendah di atas pujuk rayu kami ini yg kdgkala tdk dpt kami kawal untuk meluahkan rasa kasih kami terhadap mu..
Sungguh syaitan hanya akn mmperlihatkan yg baik2 shja ttg diriku di mata mu saat aku masih belum sah menjadi milik mu..
Tetapi aku khuatir..setelah kita diijab kabulkan, kau kan mulai menjauh dr ku..
Lantaran bisikan syaitan yg mmbisikkan kata2 kebencian di hati mu..
Dan yg kau lihat kelak hanyalah kejelikan, kehodohan dan keburukan ku..
Maka cintailah kekurangan ku kerana mgkin kelak kau menemui kelebihan ku..
Dan anggaplah kelebihan yg ku punya kini sbagai anugerah dan semuanya yg baik hanyalah milik kekal pencipta ku..
Maka akhirnya kau kan temui bahawa aku hanyalah wanita biasa yg kau terima dengan segala keburukan dan anugerah kebaikan..^_^


Ketahuilah Sang Adam..
Syaitan i2 slalu ada di sisi kita..
Tatkala kita baru2 bkenalan pstinya dia ada utk mmbuat kau dan aku i2 saling mendekat..
Dan pabila kau dn aku telah bsatu dlm ikatan perkahwinan dia ada juga..
Tetapi untuk menjauh kan kau dan aku pula drpd bsama..
        
* Hanyalah luahan rasa hati..
* Tiada kena mengena yg dah hidup atau dah mati..
* Harap Maklum~~^_^