SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Saturday, January 22, 2011

Buat Dia Yang Ku Sayang...

Assalamualaikum..

Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak 
Tidak ku lupa pada yang kasih

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan



Kasih sayang..
Xkan saya lupa kasih sayang abah t’hadap saya..
Lama jugak duduk kat maktab kali ny..
Dekat sebulan dah..
Abah kan pesan jgn balik slalu..saya taw abah cuma nk saya berdikari sendiri kn3??
Ala..saya tw abah kalau boleh nak saya slalu balik tp nanti apa pulak kata ibu..
Abah lebihkan saya pulak..
Adik beradik lain xdpat pon layanan cm saya dpt..
Saya tau abah syg sy lebih..sy pon..he3
Muka saya mcm arwah mak kew?
Orang kata la..saya xtw..sy ase arwah lg cntik dr saya..
Saya tengok abah masih guna email maroslan..ma 2 arwah mak ke??
Masih jd persoalan smpy skrg..haha
Saya ingt lagi dlu lepas arwah mak mninggal abah tpksa tggalkn sy kt uma nenek kt kluang sbb kena kjew kt Melaka..
Sy slalu nangis klau abah g kjew..mase kenduri arwah dulu pon sy  nangis xberenti..
Teruk betul sy ny..skrg ny sy pulak yg slalu wt abah nangis kn3??
Kecian abah..dr dulu smpy skrg sy xberenti susahkn abah..
Bila da besar abah penah ckp kt sy..abah xsggup sbnrnya nk bpisah ngn sy mase kena kerja kt Melaka dlu..
Da la sy asyik nangis je tyme abah nk g kjew tuh..
Waaa!!terharu sy tw..mase abah ckp 2 sy nangis kt blkg kereta..nsib bek mase 2 mlm..
Klau abah nmpk,malu la sy!!he3..
Masa sy nk g lawatan ke Sarawak, sy tw abah tgah mngalami mslh kekurangan duit mase tuh..
Sy da ckp dh kt abah,klau xblh xpe..sy xnk susahkan abah..
Tp abah xpenah bg alasan klau sy mnx ssuatu..sy jd segan..
Sebab 2 sy berazam nk blaja btol3..nk dpt biasiswa..xnk susah2 kn abah lg..
Tp kita hnya mampu merancang..Allah lah yg mnentukan segalanya..
Sy sdey jgk xdpt capai target mase SPM dlu..sy tw abah sdikit hampa..
Tp bila dah smpy di mktb skrg ny sy bsyukur..mesty ada himkahnya kn3??
Dekat Kuala Lipis ny blh balik naik tren smpy Kulai..
Xde la abah risau sgt kt anak dara abah sorang ny..
Kuala Lipis pon xsemaju mana..utk sy tkena kejutan budaya 2 xde la sgt..
Sy ingat lg 1 ary 2 sy t’tggi suara kt abah..
Abah mrh btol kt sy mase 2..sy nmpak mata abah bkaca..
Mana xnye..anak yg dibela bgai mnatang mnyak yg penuh dh pndy mlawan plak dy..
Sy mnx maaf abah..sy xsngaje mase 2..pstu sy mmg takut mase tuh..T.T
Abah bnyk tanggungan skrg ny..sy fhm..sy xpernah nk mnx abah beri apa2 pd sy..
Sy pon xpenah nk mnx kalau i2 bukan keperluan sy..
Abah mmg xpenah ajar sy cm2 kn3??
Sy akan berusaha utk dptkn sesuatu 2 slagy blh tnpa mnyusahkan abah..
Sy tw..sbagai ibu bapa mmg ada sdikit kkurangan dlm didikan..
Sy tw semua org xsempurna..
Maafkan sy sbb sy xmampu nk mmpertahankan abah tatkala org sekeliling mulai bkata ttg mu..
Tp pd sy, abah ttp abah tbaik..:)

Friday, January 21, 2011

Letih Dalam Pengharapan

Di kedinginan malam yg kian menusuk ke tulang rusuk ku..
Lantas ku ambil wudhuk..
Ku capai sejadah dan telekungku..
Cuba mencari ketenangan dalm solat sunat ku..
Mencari suatu yang seakan hilang..
Usai solat, aq tmangu..
Jauh fikiran ku melayang..
Menerawang entah ke mana..
Tkenangkan dia kah??
Bagaimanalah keadaan dia sekrang ye..
Rindunya saya..Astaghfirullahal azim..aku lemah..
Kuatkan aku untuk mlupakan dia Ya Allah..T.T
Bukankah..

Cinta pada bunga, bunga akan layu..
Cinta pada manusia, manusia akan mati..
Tapi cinta pada Allah adalah cinta yang kekal abadi..

Ku tahu tangis ku hnya sia2..
Saat kau khabarkan kata putus i2 aq hnya mampu tdiam..
Kerana sudah ku jgka kau kan pergi jua..
Hnya senyum kelat yg mampu mnghiasi bibir ku kala i2..
Mujur teman2 di sekeliling ku menghibur ku..
Jika tidak mgkin aq sudah hampir hilang kewarasan..
Aq beristighfar..menyedari yg pertemuan dn ppisahan d tgn mu..
Dan aq yakin ini yg tbaik..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”..
(Al-Baqarah:216)
Namun hati mana yang tidak sedih..
Hati  mana yg xhancur pabila cinta hanya btepuk sblh tgn..
Harapan yg dibina tggi memuncak hnya jd impian..
Tp ku pasti ini yg tbaik..namun hati ku sjew yg sukar sembuh..
Ku tahu aq silap..silap dalam mentafsirkan kata cinta yg sbnr..
Namun kini ku sedar..cuba memperbaiki diri dari terus jauh sesat dlm jerat yg ku bina sendiri..

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Aku tahu aku bukan spew2 nak beri teguran..
Mungkin ramai yang yang akan mengata pasal aku kalau aku tegur pasal ny..
Aku pun xmampu nak menahan diri daripada berkeinginan mmiliki cinta tu..
Memang ada insan yang menghulur tangan ‘tanda persahabatan’..
Dan hanya persahabatan yg ku mampu sambut..
Tidak lebih dari sekadar itu..
Sebab diakah aku begini??mengunci hati serapat-rapatnya untuk insan lain yang juga bergelar lelaki..

Aku dah lelah dlam pgharapan..
Yg ku temui hanya keraguan yang xmampu ilang..

Kita akan sentiasa meragui pasangan kita..adakah dia benar2 mncintai kita atau hanya ingin mainkan perasaan kita..
Itulah apa yang aku rasa..aku dah tawar hati untuk percaya..
Aku dah xde perasaan untuk jtuh cinta n mencintai orang lain..


Aku tak merasa kalah dalam penantian ini
Aku hanya merasa lelah yang teramat sangat
Setelah mengurung hatiku dalam cinta yang tak pernah terjawab
Aku seperti tercucuk duri yang tak pernah ku sedari
seberapa dalam meninggalkan luka perih
Menikmati sakitnya sampai tak terasa lagi luka telah mengalirkan darah
Begitu dalamnya cinta menikam kalbu hingga tak boleh ku bedakan lagi antara tangis dan tawa
Keduanya telah menjadi satu dalam butiran hampa
Aku mungkin belum kalah, tapi yang pasti aku mulai kecewa
Membawa kakiku berjalan menjauh dari cintamu
Perlahan tapi pasti
Tertahan tapi tak punya daya untuk kembali 

Saturday, January 15, 2011

PPISMP PRA/MU/PJ Ambilan Jun 2010

 
(sesiapa yang nak dapatkan video ni dalam versi yang lebih jelas boleh mintak yer)
Assalamualaikum..

Buah Kuini di atas para,
Buah cempedak di tepi perigi,
Biar begini diriku lara,
Cinta tidak berbelah bagi..

Sayang kamu semua..
Banyak kenangan yang telah kita lalui bersama..
Janganlah kerana hal yang kecik nanti kita menjadi musuh pula sesama sendiri yer..T.T
Ni nak habaq kat siapa yang xtahu..
Skuad pra ni memang ada pasang surutnya dalam bersahabat..
Tapi at the end, kami akan berbaik semula..
Hopefully in future kami pon akan sentiasa begitu juga..

Mempersembahkan Skuad Prasekolah:

Ni skuad kumbang..

Kami bukan bunga dedap!!ho3..

"Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak..
Akal itu umpama air, jangan biar ia kering..
Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang..
PERSAHABATAN itu umpama tali, jangan biarkan ia putus"..

~~SaHaBaT~~(^_^)

Assalamualaikum..
Bismillahirohmanirohim..

Bunga melur kembang setaman,
Di petik dara menjelang pagi,
Budi sejalur terhutang sezaman,
Di tubir pusara ku kenang lagi..

Sahabat..
terimakasih kerana menghadiahkan ku suatu hadiah yang tidak ternilai..
saya kalau cerita pasal kawan ni memang sangat suka..
nak cerita sikit la pasal dulu2 ni..
memang sedih sikit la saya masa dulu sebab  xde orang nak kawan dengan saya..
nak tau sebab apa??
kejap ye saya fikir2kan..he3

1. Sebab saya dulu 'gemuk'..
2. Sebab saya xcantik..(xada pon lelaki yang nak kawan dengan saya ni)
3. Sebab saya xpandai berkomunikasi dengan orang..

rasanya sebab itulah agaknya..
selalu dihina dan diumpat itu biasalah..
saya rasa hidup saya ni macam kisah 'itik yang hodoh' la pulak.. huhu
walaupun sekarang ni xde la cantik sangat pon..(ciptaan Allah memang cantik sebenarnya)
tapi disebabkan dulu masih jahil dalam menilai...he3
kini saya bersyukur..
kerana pengalaman dahulu itulah yang menjadikan saya seorang yang sentiasa terbuka menerima kekurangan orang lain..
InsyaAllah..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari.."

pengalaman lalu menjadikan kita lebih dewasa..
jangan kita fikir kekurangan kita nanti kita kufur..
hitunglah nikmat yang kita peroleh, kita akan bersyukur..


Bahagiakan memiliki sahabat??
Memang bahagia pon..
Ada sahabat saya bertanya..

'Aku da banyak sakitkan hati kau tapi kenapa kau masih boleh terima semua tu??'

Tahu xkenapa??
kerana kau sahabat ku..

'Setiap orang yang meminta maaf dan mengaku kesilapannya Tuhan akan ciptakan satu sungai untuk kita di syurga dan orang yang memaafkan akan dipandang tinggi kerana keperibadiannya'..

Kemudian sahabat saya tu berkata lagi..

'Oit..aku bertuah dapat sahabat cam kau..tapi aku nak buat pengakuan kat kau..apa yang kau selalu tengok tu adalah perangai sebenar aku..aq xminta kau suka perangai aku..tapi cubalah memahami..tapi kau tengok la nanti kita semua takkan lama bersama..apa yang boleh di bawa adalah kenangan..'

Sedih jer ayat kawan saya ni kan3??
Sentimental betul la dia ni..he3
Jangan risau sahabat..saya pun menjawab..

'Xpe..Kita bertemu dan berpisah atas kehendaknya..yang penting hari ini..jangan kita berkelahi..aku kan sentiasa mencintai dan cuba menyukai sikap orang lain..kita semua berbeza dan itulah persamaan kita..walaupun nanti semuanya akan hanya jadi kenangan,aku tetap bersyukur..kerana sekurang-kurangnya aku pernah melalui hidup bersama dengan orang yang pernah membuat ku bahagia"..

Itulah sedikit kisah tentang sahabat yang saya ingin kongsikan..

"Bisikku pada tuhan yang satu..Lindungilah teman ku ini..Di setiap langkahnya..Di setiap hela nafasnya..Di setiap degup jantungnya..Banyak yang ingin ku pohon dan ku harapkan untuk dia..tapi jika satu sahaja yang dimakbulkan oleh Mu..Lindungilah IMAN di hatinya..kerana dengan iman yang ada temanku ini pasti selamat di dunia dan di akhirat"..
Ceriakan Hidupmu..
Jadilah Sahabat Terbaik Untuk Sahabatmu..


Ya ALLAH!!
Sahabat buah hatiku..
Mesra kami penawar duka..
Rindu kami menambah cinta..
Rajuk kami membuah ceria..
Ya ALLAH!!
Silaturahim kami Ukhwah Fillah..
Permusuhan kami, nauzubillah..
Berpisah hanya dengan mati..
Pengikat hati kami rabithah marthotillah..

Masih mahu tutup mata??atau tutup telinga??

Assalamualaikum..

Pak Kulup anak juragan,
Mati diracun muntah kan darah,
Hidup di dunia banyak dugaan,
Kepada Allah kita berserah..

nak story pasal pe ye kali ni??
story yang saya excited jugak la ni..
Isu Palestine..

Pada kita derita itu
hanyalah pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Namun pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
..

Nape tetibe jer cerita pasal palestine ni??
bukan ke cerita ni dah lapuk..
Memangla isu lapuk tapi kalau xdi ingatkan, kita pun lupa kn3??
Maklumlah IPG pon skrg ni dah nak anjurkan program "Sadness of Palestine"..
xkan la kita dengar ni xde nak rasa apa2 pon??
masih mahu buat2 xtw??
mungkin ramai xperasan kot..
ni nk habaq sket..huhuhu

Kenal ke tidak dengan jenama2 ni??

Yang ini??macam minuman feveret yer??

Masih mahu buat2 xtahu??atau sudah lama tahu??

 
Nabi SAW bersabda:
'Bukan dari kalangan kami mereka yang tiada mengambil hirau urusan muslimin'..

Abis tu xkan la kita nak pergi berperang dekat sana??
kami xmampu..
Saudara..bukankah doa itu senjata orang muslimin??
Titipkanlah doa mu buat mereka..
bukan kena bayar pon kn3??
Malah malaikat disebelah2 mu akan mendoa kn untuk kamu semula tiap doa yang kau panjatkan buat saudara mu..

Sungguh sukar untuk kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Masihkah kita mahu menutup mata??atau menutup telinga??
Dimana akal fikiran untuk berfikir?? 

Cinta??

Salam Ukhwah sahabat~~

Suka saya nak memulakan perbicaraan dengan serangkap pantun..

Anak cina main gelombang,
Nampak dari tanjung jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati..

Erm..mesti anda-anda semua dapat agak apa yang saya nak cerita ni kn3??
Maklumlah..
Sekarang tengah mood [flying+tahzan]..
pelik2 aje lah saya ni kn3??

Cinta selayaknya seperti seekor rama2..
Semakin kalian mengejarnya semakin jauh pula ia terbang meninggalkan kita..
Biarkanlah rama2 mu itu terbang ke mana sahaja ia suka..
Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
Ia bakal mengibaskan sayapnya ke arah mu menumpang teduh dari panas hujan dan badai duniawi..
Dalam keadaan yang kau tidak sangka mungkin saja rama2 yang kau kejar itu bukanlah rama2 yang Allah peruntukkan untukmu..

Betapa pun kita cintakan kekasih kita,
jika bukan dia yang ditakdirkan untuk kita dia takkan mungkin menjadi pendamping kita di dunia inikan pula di akhirat..

Wahai muslimah solehah, jangan risau akan jodoh mu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang menundukkan imannya..
telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu..
cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi mu..
jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,
insyaAllah si dia turut di jalan yang sama..

ada orang yang berkata pada saya 'jodoh xkan datang bergolek, kalau xberusaha xkawen la jwbnya'..
memang betul!!
tapi sekarang ni rasanya kita masih muda..
banyak lagi perkara yang kena diutamakan..
ada orang cakap pada saya..'aq xbuat apa2 pon..cuma buat yang ringan2 jew??'

'ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang2 yang melakukan maksiat'-Imam Syafi'i

saya bukan berkata seolah-olah saya suci dari semua itu..
ini adalah luahan perasaan berdasarkan pengalaman sendiri..
percayalah..

Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. 
Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. 
Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. 
Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

 jangan lah pula setelah kekecewaan mendatang menjadikan kita lebih jauh dariNya..
"La tahzan, inna Allaha ma ana"..bukan kah Dia lebih dekat dari urat nadi kita sendiri??


Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah..
Sekiranya kau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupan mu jika yang selautan itu masih engkau miliki..

jika sudah terlanjur..
kembali lah ke garis permulaannya kembali..

Setiap manusia itu tidak akan pernah sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.

sTaRtiNg WriTtiNg nOnSeNse??

assalamualaikum pembuka bicara..



buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..

wa..xsangka sungguh..
jadi jugak saya buat blog ny..
xde apa sangat yang hendak saya coretkan..
really dont know what to write about..
but i'm trying the best i can..
one of my friend said..
'tulis lah apa yang tlintas di jiwa'..
erm..betul ke dia cakap camtu yer??
but something like that la..haha
about me??
nothing special..
what can i share about myself is...
he3..
suka membaca kot..
tp terlalu banyak bahan yang hendak di baca..
sehingga banyak bahan yang tertunda..
pembaca yang tak sistematik langsung saya ni..huhu
saya tak suka kalau saya tak gembira..
saya xboleh atau xpandai nak marah..
seriously xpandai..
if i get angry with someone, i'll just cry..
because by hating someone makes me sad..
there's some word that i like to share..

cintailah sesuatu itu seadanya ditakuti kelak kan menjadi kebencian mu..
bencilah sesuatu itu seadanya kerana kelak mungkin ianya kan menjadi kecintaan mu..

akhir kata, ini sahaja lah yang saya ingin katakan sebagai tanda perkenalan kita..
"ukhwah fillah di hearty":)