SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Sunday, December 11, 2011

di sepanjang 19 tahun ini yang ku lalui..


Menyelusuri kembali kehidupan yang telah ku lalui sepanjang 19 tahun hidup ku ini..
Terasa begitu singkat perjalanan hidup tanpa kebaikan..
Terasa perit melalui kehidupan tanpa hidayah-Nya..
Syukur ku ke hadrat Ilahi..
Setelah kehilangan diri yang kian rapuh..
Syukur kembalinya aku tersungkur di jalan kecewa dunia dan kembali pada jalan kebenaran akhirat..
Indahnya kehidupan yang ku lalui bersama-Nya..
Bersama sahabat yang ku cintai kerana Allah..
Dan bersama segala keindahan ciptaan Mu yang sangat menyentuh hati ini..

Namun, hidup tidak selalunya indah..Badai pasti menjelma..Jangan kau pinta lari daripada segala ujian hidup..Sebaliknya, pintalah keKUATan dalam menghadapinya..

Yer..terkadang aku juga mencari suatu konklusi yang aku juga tak pasti..
Inilah kehidupan..
Bukan semua yang kau mahukan jawapan bagi setiap persoalan akan datang sekelip mata..
Mungkin ianya memerlukan masa dan kematangan dalam masa kau mendapatkan jawapan itu..
Maka, bersabarlah..
Jalani lah kehidupan ini seadanya..
Kadang kita juga keliru dengan lumrah dan peraturan..
Tatkala kemahuan diri yang membuak2 menginginkan sesuatu sedangkan lumrah alam jelas menyatakan semua ini bukan milik kita..
Lantas mengapa terus berduka di saat kehilangan sesuatu yang pasti BUKAN milik kita..
Renungilah kembali TUJUAN hidup kita yang sebenar di muka bumi Allah yang tercinta ini..
Tidak kau lihat kebesaran-Nya?
Lihatlah segala yang terjadi pasti ada hikmahnya yang tersendiri..
Terpulanglah pada diri mahu memanfaatkan hikmah pada jalan kebenaran atau terus membutakan mata hati atas jalan kebatilan..

Perempuan yang tabah, dia tidak menangis untuk dilihat, untuk disimpati. Namun perempuan tabah itu menangis di dalam hati, doa pengubat hati, hanya mengharap belas ILAHI... InsyaAllah...♥

Yer..puas..!
Puas setelah mencoret sedikit luahan rasa hati..
Mungkin tak siapa peduli atau kisah tapi yang pasti, hati ini perlu tempat untuk mengadu..
Mengadulah pada Allah..
Lambat atau cepat, PASTI Dia akan mendengar..
Teruslah HADAPI hidup ini dengan senyuman..=)

Saturday, December 3, 2011

iSu nyer di SINI!!



Bukan di hati tiada niat untuk berpurdah. Namun, malangnya kaki belum mahir berenang, takut pula lemas di lautan dalam. Sedang kita cuba memperbaiki diri sendiri tiba-tiba tanpa kita sedar hanya mengotorkan hati dengan sifat-sifat mazmumah.
Mungkin juga terdetik di hati..

“Aku ingin tunjuk bahawa akulah solehah..”
Mungkin juga terdetik di hati ingin dianggap sebagai wanita cantik kerana lazimnya wanita berpurdah ini dikaitkan dengan seseorang yang cantik.
Mungkin juga hanya ingin menonjol di kalangan rakan-rakan yang tidak berpurdah.
Atau mungkin sahaja anda sebenarnya hanya takut dirogol..!

Andaikata sebab-sebab diatas menjadi sebab diri ini ingin berpurdah, tahniah..!!
NAFSU telah berjaya mengalahkan IMAN ku..T.T
Nauzubillah..muhasabah kembali wahai diri.
Berikut saya sertakan Hukum pemakaian purdah berdasarkan sedikit ‘research’ saya di internet..Chewah~~



PURDAH: Antara perbandingan ulama

Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama’. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi’, iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid’ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Menutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama’.

Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama’ berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud ” Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” Surah An Nur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, yang dikatakan dengan perkataan ‘ma zahara minha’ ialah pakaian dan tudung. Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

1. baju yang menutup seluruh tubuh.
2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
3. tudung yang dipakai oleh perempuan.
(lihat mu’jam asasi arab)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan ‘ma zahara minha’ dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu.

Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki ‘melabuhkan pakaian’ sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat ‘ma zahara minha’ tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri!

Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut.

Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

Antara ulama’ yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama’ kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A’la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Juga terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama.

Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap(tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut.Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

Adakah purdah wajib?

Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memakai purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur.

Jumhur Mazhab dan ulama’ bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.

: Hadis Rasul SAW yang bermaksud ” Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).

: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.

: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.

dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.

Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.

2. Tafsir Ibnu Mas’ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.

3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.

4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.

5. Saddu Zaraii’ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.

6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.


Secara akhirnya, jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.

2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.

3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan ‘tidak boleh masuk dengan masyarakat’. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar’i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!




Solehah bukan di mata, tetapi di hati.. biarlah kesucian hati itu sesuci pakaian yang disarung ke tubuhnya walaupun kita tahu jerit payah untuk bermujahadah melawan hawa nafsu namun, perjuangan harus diteruskan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama pada sangkaan hamba-Nya.
Cuba kita RENUNGkan sejenak. Atas dasar apakah kita ingin ber’purdah’??
IKHLASkanlah Menutup Pintu Fitnah itu..
Tujuan utama berpurdah adalah untuk menutup pintu fitnah dan bukanlah hanya menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah..!


“Mungkin ramai yang perasan dan tidak perasan, godaan baru kepada hawa nafsu serakah lelaki hari ini ialah melalui wanita yang memakai jubah fancy berlabuci dan bermanik indah, berpurdah menyembunyikan wajah, mata bermaskara untuk menjadikannya bulat menyerlah, memakai contact lense berwarna, bulu mata ditebal dan dilentik, kemudian merenung manja.” Gayanya seperti berkata, “aku the muslimah, pandanglah aku, datanglah kepadaku!” ~Berhati-hati muslimah~ Terima kasih ustaz Hasrizal Abdul Jamil atas teguran dan nasihat ini :)

Akhirkata..belajarlah berenang jika mahu ke lautan seberang..
Belajarlah merancang sebelum melakukan tindakan..
Ikhlaskanlah hati mu walau apa pun yang ingin kau laksanakan..
Hidup ini tentang PILIHAN dan pilihan itu adalah milik mu..
Mahu lebih baik atau bagaimana?
Fikir-fikir kan lah..^_~

Tuesday, November 29, 2011

My siLeNce~


Kata pujangga CINTA letaknya di hati. 
Meskipun terSEMBUNYI, namun getarannya nampak sekali. 
Ia mampu mempengaruhi pemikiran sekaligus mengendalikan tindakan. 
Sungguh, CINTA dapat mengubah pahit menjadi MANIS, debu beralih EMAS, keruh menjadi JERNIH, sakit menjadi SEMBUH, penjara menjadi TELAGA, derita menjadi NIKMAT, dan kemarahan menjadi RAHMAT. 
CINTAlah yang mampu meLUNAKkan besi, mengHANCURkan batu karang, memBANGKITkan yang mati dan meNIUPkan kehidupan padanya serta memBUAT budak menjadi pemimpin. 
Inilah DAHSYATnya cinta.


Namun hati-hati juga dengan CINTA, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi SAKIT, orang gemuk menjadi KURUS, orang normal menjadi GILA, orang kaya menjadi MISKIN, raja menjadi BUDAK, jika cintanya itu disambut oleh para peCINTA PALSU. 
CINTA yang tidak diLANDASi kepada Allah. 
Itulah para pecinta DUNIA, HARTA dan MANUSIA. 
Dia LUPA akan CINTA ALLAH, cinta yang begitu AGUNG, cinta yang MURNI.
Cinta Allah cinta yang tak bertepi..



Jikalau sudah menDAPATkan cinta-Nya, dan MANISnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi KELUHan, tak ada lagi tubuh LESU, tak ada tatapan KUYU. 
Yang ada adalah tatapan OPTIMISmenghadapi segala CUBAan, dan RINTANGan dalam hidup ini. 
Tubuh yang KUAT dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni SYAHID di jalan-Nya.


Ramai orang meNGAKU mencintai ALLAH, dan sering orang mengatakan mencintai RASULULLAH, tapi bagaimana mungkin semua itu diterima Allah tanpa ada BUKTI yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. 
Bagaimana mungkin mencapai cinta Allah, tapi dalam FIKIRANnya selalu dibayang-bayangi oleh wanita/jejaka yang dicintai. 
Tak mungkin dalam SATU HATI dipenuhi oleh DUA CINTA. 
Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-Nya.



Di saat Allah mengUJI cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuatkan dia LALAI dalam mengingati Allah, sering orang tak dapat meNERIMAnya. 
Di saat Allah meMISAHkan seorang gadis dari calon suaminya, ramai gadis itu terus LEMAH dan terbaring SAKIT. 
Di saat seorang suami yang ISTERInya dipanggil mengHADAP Ilahi, sang suami pun tak berSEMANGAT dalam hidup. 
Di saat HARTA yang dimiliki HANGUS terbakar, banyak orang yang berpindah ke rumah SAKIT JIWA.
Semua ini adalah bentuk UJIAN dari Allah, kerana Allah ingin meLIHAT seberapa dalam CINTA hamba-Nya pada-Nya. 
Allah menginginkan BUKTI, namun sering orang tak berDAYA membuktikannya, oleh itu sering HILANG cintanya pada Allah, disaat Allah menarik sedikit NIKMAT yang dicurahkan-Nya.
Nauzubillah...


Dan Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang betul-betul berKORBAN untuk Allah 
Untuk memBUKTIkan cinta kita pada Allah, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan iaitu:

1) IMAN yang kuat
2) IKHLAS dalam beramal 
3) Mempersiapkan kebaikan INTERNAL dan EKSTERNAL. 
Kebaikan internal iaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian InsyaAllah kita akan menggapai cinta dan keredhaan-Nya.


I choose to love you in silence..for in silence I receive no rejection.
I choose to love you in loneliness..for in loneliness no one owns you but I.
I choose to adore you from a distance..for distance will shield us from pain.
I choose to kiss you in the wind..for the wind is gentler than my lips.
I choose to hold you in my dreams..for in my dreams you have no end.

‘If you don’t understand my silence, how will you understand my words?’

‎''MenCINTAi seseorang itu adalah HAK kita, namun meMILIKi seseorang yang kita CINTAi tanpa ikatan sah dan halal itu BUKANlah hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang BELUM BERHAK kita miliki. 


Dia pasti akan KEMBALI seandainya Allah menjadikan ia untuk kau MILIKi atau Allah akan mengGANTIkan dengan yang jauh lebih BAIK. Jangan pernah takut keHILANGan sesuatu yang BUKAN hak kita.." 

~there is once in my life, I see your picture and I start to cry..
but I don't know why ..lalala...^_~



Erk...Angry??

Saya tak suka Angry Bird..
Layan je la gambar2 ni yer..;)
Untuk AWAK!










Ni versi pompuan..(ni Che'gu Usna..>.<)
Dipetik dari web : sehebatsingaallah.blogspot.com
Artikel : Mesej Tarbiyah Dari Game Angry Bird

Note : kepada pemilik artikel, kesilapan "editing" harap maaf ..

jom kita pikir kisah-2 dan motif-2 penting (mungkin benar / mungkin salah) yang tersirat disebalik game Angry Bird..
salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal. semuanya suka bermain game ini.
tidakkah anda pernah tertanya-tanya? Kenapa? Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. sedar x kita...
jawapannya sebab.... Angry Birds.... dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah.

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula? sanggup mengorbankan anaknya! itu bukanlah satu pengorbanan yang senang. menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. segala-galanya untuk mencapai satu matlamat. menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..." (At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie
dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan, maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? tidak. diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu. kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu. maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. yang reti potong kayu pergi serang kayu. yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.

5) Taat
dan sebagai qiyadah. perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah
lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak. yang menarik kita ke api neraka
kenapa? sebab kita menyayangi saudara kita. sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam. malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" (An-Nasr 110:1-3)
SEDARlah. 
Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah dan kesatuan dikalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.
Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds. tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat. iaitu:
 Jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih. kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Monday, November 28, 2011

HaRaPaN??




Wahai pengembara kehidupan..
Kita perlukan kompas dan peta yang jelas, agar pengembaraan kita tidak tersasar dari perjalanan dan arah tujuan sebenar..
Alangkah sedihnya apabila melihat ramai yang tersalah arah, namun kita masih dalam gelak ketawa.

Mereka tidak menyedari bahawa arah tujuan kehidupan mereka menuju ke lembah yang menakutkan, dimana raja penderitaan sedang siap menunggu. 
Ia tidak mengenal rupa, pangkat, keturunan dan harta. 
Segalanya akan dibaham sebagai makanan kelazatan!

‎Mengembara dalam kehidupan dunia, lantas ku bertemu banyak pancaroba, ku jumpa banyak bahagia, ku terpijak kaca-kaca, ku lemas di laut bergelora...sampai di suatu ketika, ku lakarkan impian2 yg indah belaka, namun tak semua cita-cita menjadi nyata..namun aku sedar segalanya hanya hiasan semata-mata, yang ku cari sebenarnya, adalah bekalan ke sana..~~




Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. Insya ALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. Insya ALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah.InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.




Sahabat yang Ku cintai.

Terkadang kita begitu yakin dengan kehadiran seseorang akan sangat bermakna untuk mengisi relung jiwa.
Hingga... saat seseorang pergi begitu saja..
Selalu ada Secebis harapan agar dia kembali lagi.
Walau ada kata-kata yang melilit hati.
Selalu ada seribu maaf yang Tulus untuknya.
Masih ada Beribu penantian walau itu tak pasti.
Sementara dia yang jauh disana mungkin sama sekali Tak memikirkannya.
Haruskah mengorbankan diri Untuk hal yang sia-sia ??

Lihatlah Masih ada Sejuta hal yang bisa kau raih..
Masih ada Sejuta makna jika kau mampu menafsirkan semuanya..
Bintang masih akan hadir Menemani malammu begitu juga Matahari akan tetap bersinar hangatkan pagimu.
Masih Banyak Yang bisa Kita lakukan Untuk kemanfaatan bersama..

Biarkan cinta Itu Bermuara dengan Sendirinya....
Disaat yang TEPAT
Dengan orang yang TEPAT
Dan pilihan yang TEPAT
Hanya dari Allah SWT..
Saat dihalalkannya Dua manusia untuk bersatu dalam ikatan pernikahan yang Barokah..^_~