SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Friday, January 20, 2012

Kata-kata Mutiara..♥




ILMU DAN HIKMAH

Saidina Ali Karamallhu Wajha
Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan.

Saidina Ali Karamalluhu Wajha
Duduklah bersama dengan orang yang berakhlak mulia nescaya akan bertambah mulialah akhlakmu dan duduklah bersama para ulama, nescaya ilmumu akan bertambah.

Imam as-Syafie
Tiadalah keizzahan mereka yang tidak merasai ketaqwaan sebagai keizzahan.

Imam Ghazali
Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat pada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain,sedangkan ia ( mentari ) itu terus bersinar.

Luqman al-hakim
Diam itu merupakan hikmah, namun tidak ramai yang mempraktikkannya.

MASA

Saidina Ali Karamullahu Wajha
Kehidupanmu adalah nafas-nafas ( detik-detik ) yang tertentu, apabila berlalu satu detik daripadanya nescaya telah berkuranglah satu juzuk ( daripada umurmu).

Saidian Ali Karramullahu Wajha
Janganlah dikau menangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga keesokkan hari ,kerana mungkin keesokkan hari yang mendatang kamu telah mati.

Saidina Ali Karramullahu Wajha
Hari ini ( di dunia ) adalah masa untuk beramal dan tidak ada hisab padanya, manakalah hari esok pula ( di akhirat ) adalah waktu perhitungan dan tidak ada peluang untuk beramal.

Saidina Abbas
Sebaik-baik perkara kebajikan adalah disegerakan

Imam Hasan al-Basri
Sesungguhnya kamu wahai manusia ibarat bilangan,apabila berlalu bagimu satu hari bererti telah berlalu sebahagian daripada kamu.

IBADAT DAN AMALAN

Saidina Ali Karramullahu Wajha
Apabila Ketaatan itu berkurangan,nescaya kejahatan itu akan bertambah.

Saidina Ali Karramullahu Wajha
Memandang remeh sesuatu maksiat ( dosa ) adalah lebih bahaya daripada melakukannya ( maksiat tersebut)

Imam Syafie
Kamu inginkan kejayaan,namun kamu tidak menurut jalan-jalannya>Sesungguhnya kapal itu tidak belajar di atas daratan.

Imam Syafie
Sifat tawaddu’ akan mewariskan sifat kasih sayang,dan sikap merasa cukup senang pula akan mewariskan kerehatan.

Umar Abd Aziz
Berfikir pada nikmat Allah SWT merupakan sebesar-besar ibadah, sekiranya manusia berfikir pada keagungan Allah SWT nescaya ia tidak akan melakukan maksiat.

TASAUF DAN AKHLAK

Saidina Ali Karramullahu Wajha
Sesiapa yang menghiasi dirinya dengan sikap insaf,nescaya ia akan sampai kepada martabat orang yang mulia.

Imam al-Ghazali
Bagaimana bayang lurus sedangkan pokoknya bengkok.

Seorang bijaksana
Pada ketenangan ada keselamatan,dan pada kegopohan ada penyesalan.

Seorang bijaksana
Akhlak yang buruk itu merosakkan amalan seperti cuka yang merosakkan madu.

Seorang bijaksana
Syukur itu pengikut perkara yang ada dan pemburu perkara yang tiada.

AKHIRAT DAN KEMATIAN

Saidina Ali Karramullahu Wajha
Taqwa adalah takut kepada Allah SWT, beramal dengan al-Quran, merasa cukup sedikit, bersedia untuk ke akhirat.

Saidina Umar
Dunia perkara yang halalnya akan dihisab, perkara haramnya akan di azab, orang yang mengejarnya umpama anjing.

Saidina Ibnu Abbas
Tiada kerehatan bagi orang yang beriman melainkan bertemu dengan Allah SWT.

Luqman al-Hakim
Wahia anakku! Juallah duniamu untuk mendapatkan akhirat nescaya kamu akan mendapat keuntungan kedua-duanya sekali.

Imam Hasan al-basri
Kami lihat orang yang dikurniakan habuan dunia dengan amalan akhirat dan kami tidak pernah melihat orang yang dikurniakan ganjaran akhirat dengan amalan dunia.

PERINGATAN DAN NASIHAT

Saidina Ali Karramullahu Wajha
Sesiapa yang meletakkan dirinya ( berada ) di tempat-tempat tohmahan maka janganlah ia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya.

Saidina Ibnu Abbas .a
Terlaknat orang yang memuliakan kekayaan dan menghina kefakiran.

Saidina Ibnu Abbas .a
Aku menjadi hina ketika meminta dan menjadi mulia ketika dipinta ( memberi )

Umar Abd Aziz
Apabila kamu merasakan kamu mampu menzalimi manusia, maka ingatlah kekuasaan Allah SWT terhadapmu.

Seorang bijaksana
Kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan,dan orang yang memulakannya itulah yang lebih baik. Kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan dan orang yang memulakan itu adalah lebih zalim.

Petikan
Mutiara Hikmah Terpilih
haji Shuhadak Mahmud

Thursday, January 12, 2012

10 Surah yang MUJARAB daripada Rasulullah..❤


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
“Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.”
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada setiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
5. SURAH AL-KHAUTHARSesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUNSesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULKSebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.”
Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.”
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
“Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.”
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
“Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.”
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

MaRi beRaMaL~~^_^






1. Ketika berkumur, berniatlah. " Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap perkara tidak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah. "Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan mukaku ini."
Penjelasan : Ahli Syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah. "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kananku ini".
Penjelasan : Ahli Syurga diberikan buku amalannya di tangan kanan.


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah. "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini."
Penjelasan : Ahli neraka diberikan buku amalan mereka di tangan kiri


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah. "Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu."
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar umpama matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah. "Ya Allah ampunilah dosa telingaku ini."
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim."
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah. "Ya Allah, bawakanlah aku ke masjid dan surau bukan ke tempat-tempat maksiat."
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Sunday, December 18, 2011

Doaku untuk mu SAYANG..♥




Doaku Untuk mu Sayang- Wali Band
Kau mahu apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap & letih
Ini demi kamu sayang~
Aku tak akan berhenti
Menemani & menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hari ku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia..♥


Itu lagu..
Kau tahu apa doaku untuk mu?
 "Ya Allah seandainya telah kau tetapkan Si Dia itu jodoh yang telah kau takdirkan untuk ku seumur hidup ku maka kau satukanlah hati kami tetap mematuhi batas-batas syariat mu.. Seandainya dia bukanlah jodoh ku, maka kau pisahkanlah kami agar aku tidak menyakiti hatinya & dia tidak menyakiti hati ku.. Maka kau temukanlah kami dengan jodoh yang lebih baik untuk kami.. Amin.."
Tapi awak, saya rasa saya tetap tak sanggup..
Yer..lama-lama saya sedar..
Saya betul-betul tak sanggup untuk kali ini..
"Ya Allah kalau dia memang jodoh ku, jodohkanlah tapi kalau bukan jodoh ku, jodohkanlah jugak.. Jika dia tidak berjodoh dengan ku, jangan sampai dia dapat yang lain selain ku.. Kalau dia tidak bisa berjodoh dengan ku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain.. Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku.. Dan saat dia tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali. Kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskanlah!! Jodohkanlah dengan diri ku.. Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar dia ketemu jodoh dengan orang lain dahulu dan jodohkanlah kembali dia dengan ku..Amin.."
Boleh kan?=)

Saturday, December 17, 2011

Cinta seBELUM perKAHWINan



Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup.


Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.


Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.




Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:


1. Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan.


2. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.


3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu.


4. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.


5. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.


6. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya.


7. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.


8. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.


9. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.




Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.


Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.



أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, karena bisa saja kekasihmu itu suatu hari nanti  menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin karena bisa saja suatu hari musuhmu itu menjadi kekasihmu.



ومن ايته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة ان في ذ لك لا يات لقوم يتفكرون


Dan sebagian dari dari tanda-tanda kebesaran Nya adalah Dia menciptakan pasangan–pasangan bagi kalian dari jenis kalian, agar kalian merasa tenang pada pasangan kalian dan Dia menjadikan diantara kalian rasa kasih sayang dan cinta. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda – tanda bagi orang-orang yang berfikir. (QS. Ar-Ruum: 26)