SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Monday, June 6, 2011

KaLau BoSaN, bAceLah..he3

Assalamualaikum..

 

Ehem3..mana kamu menghilang seminggu ni?

Huhu..ade jugak yg cari sy ye.. ßsuke sgt perasan..:P

Sy ke Kedah..

Alhamdulillah..selamat pergi & balik..^_~

 

26.05.2011

 

        Pagi ni exam lg sebenarnya..lepas exam, kami bersiap cepat2 lah..kami pergi 8orang.. 5muslimat, 2org muslimin.. semua satu batch kcuali Along..senior kami.. Kami bertolak degan bas ke KL à Alor Setar, Kedah. Sampai di KL dalam pukul 4 kemudian tggu untuk solat asar & makan kemudian bertolak ke Kedah dalam pukul 5.30. Tidur.. tidur.. tidur.. Then, celik mata dh sampai di Alor Setar..he3.. Kami kemudian dihantar pula dengan van ke Kompleks Hijau Kuning dr Shahab Perdana dalam pukul 12.30 malam. Kami kemudiannya diminta untuk ‘check in’ dan makan. Makan??he3..Selepas itu, semua pun penat kami pun masuk tidur sebab pg2 lagi dh ade Qiamulail.

 

27.05.2011

 

        Pagi qiamulail sblm masuk waktu subuh di Kompleks Hijau Kuning selepas itu solat Subuh dan Kuliah Subuh.. Kuliah Subuh dismpaikan olh Ust Salim. Dalam kuliah ni banyak beri penekanan tentang aspek IKHLAS..Kata2 beliau yg masih sy ingt..

 

        “Tanda iman meningkat, semakin banyak buat program.. semakin btmbah buat ibadat..semakin menjauh drpd maksiat..”

 

Betol jgk..nk mngajak org kpd kbaikan, tp kita yg jd makin xbaik..ish3..

 

        Kami dah terlewat sebenarnya.. Kursus untuk fasi dah lama bjalan tapi disebabkan kami exam, kami xdpt nk ikut serta dan kami sepatutnya ditempatkan di Langkawi tetapi xblh sebab kami abis xam lambat n kem di Langkawi pula mula awal.. kemudian dikhabarkan di Air Hitam pula pun xblh sebab kami masih xtahu lg tentang modul2 yg akn dijalankan.. Oleh itu, kami ditempatkan di Tok Keling kerana di Tok Keling mula lewat berbanding kem2 lain..

 

        Jadinya, lepas Kuliah Subuh kami pun makan sarapan dan bsiap2 untuk dihantar ke kem masing2 dalam pukul 10.30pg.. sebelum bertolak, kami berbai’ah dan bsalam2an sblm semua bpisah utk bjuang!!

 

Di sini kami bkampung..^_~

        Sesampainya di Tok Keling kami bertemu dengan Ustzh Ummu @ Kak Ummu dan Cikgu Kamarul @ Pak Tam iaitu pengetua di Madrasah Al-Taklimiah Al-Khairiyah. Kami diberitahu tentang keadaan dan situasi sekolah tersebut dan b’taaruf kemudian b’surai. Petangnya pula selepas Asar kami mengemas bilik mesyuarat fasilitator. Malam pula selepas solat Isyak dn mendengar amanat drpd Kak Ummu kami pergi bziarah ke rumah Ustd Fahmi iaitu senior kami di IPTAA. Dalam perjalanan ke rumahnya, kami ade juga bhenti seketika utk melihat2 bandar Alor Setar di waktu malam.. Yg muslimat, kalau xambil gmbr xsah la kn..he3..sampai di rumah Ustd Fahmi, kami ditemukan dgn ibu, ayah, akak, dan neneknya.. puas kami mkn murtabak Kedah n donat..huhu..transfer jd Doraemon lak psny..Aiyaak!!

 

28.05.2011

 

        Hari ni program belum start lg b’beza dgn kem2 lain. Jadinya kami lepas solat Subuh bjemaah kami hanya berehat kemudiannya b’mesyuarat selepas waktu Zohor tentang p’jalanan pendaftraran esok hari. Pembahagian tugas diberikan oleh Ketua Kem Komander kami Ustd Ibrahim pelajar IPDA. Malamnya pula kami b’mesyuarat pula dengan org2 penting madrasah tersebut. Selepas mesyuarat tersebut, kami b’mesyuarat utk pendaftaran dan modul pula diantara fasi2 yg diketuai oleh Ustd Din sbgai Ketua Fasi dan Ustzh Izzah @ Kak Izzah. Fasilitator muslimat ada 10 orang manakala muslimin pula 13 orang. Yg peliknya ialah nama sy Nurul Husna ada 3org yg beza cuma nama ayah jer..xkn sy nk amek pggilan ‘binti’ kot..huhu..jdnya di kem 2 sy guna nama Nurul..ceh3..ketiga2 Husna ni ditugaskan utk mnjaga bahagian pendaftaran muslimat..waa..cuaknye!!kite tgok esok yer..huhu..

 

29.05.2011à01.06.2011

 

        Erm..nk citer bnyk sgt klau time program ni..wt rumusan je la spnjg 4hari 3mlm ny ye..huhu..hari pertama pendaftaran agak kelam-kabut jugak..tiba2 jer tlebih peserta dll lg..sy ditaklifkan utk mnjd fasilitator kumpulan 9..semuanya 11org adik2 sy..Alhamdulillah adik2 sy xde lah bmasalah sgt..tp kasihan pula dekat sahabat2 yg dpt adik2 yg mlawan ckp sume..adk2 sy cume ada yg kurang pngetahuan ttg solat tp yg lain2 ok..I’Allaah..dlm modul ni mcm2 lah pengisian..ade LDK, Riadah, Kuliah Dasar dll..malam muhasabah la xtvt yg paling seronok..huhu..setiap xtvt yg dijalankan ada ibrah atw mesej yg nk disampaikn..ho3..sorry klau akak ade buat adik2 menangis..akak xsngaja~~he3


Kuliah Dasar

Ketika LDK

Riadah..

Dari asrama perempuan ke sekolah

Makan kali terakhir dengan adik2..T.T

 

        Majlis penutup paling mencabar kami..Sedih pun ada..Cuaca pd mula nampak cerah jer..selepas shaja pembacaan doa olh Ustd Najmi tiba2 dgn xsemena2 hujan disusuli olh angin kencang..adik2 semua cuak dan kami nil g lah cuak.. Majlis diadakan bawah kanopi kerana dewan sekolah tersebut xckup utk mnampung peserta dn ibu bapa..Fasi2 dn urusetia semua cuba utk menstabilkn situasi..Ada yg mnahan kanvas kanopi dr air turun melimpah ke adik2 smpy basah lencun baju fasi..bkn fasi muslimin je..fasi muslimat pun lencun jgk..pengorbanan betul akak dn abg fasi ni yer..ada jugak yg menahan tiang kanopi drpd dterbangkn dek angin yg kencang tu.. Kemudiannya seorang Ustd melaungkan azan..[dlm kelam-kabut xperasan siapa ustd 2..maaf yer..^_^]..hujan yg lebat td tiba2 terus bhenti..kami semua yg tdnya bzikir kmudian tdiam..SubhanaAllaah..kekuasaan Allah depan mata jer..xkn lah kita masih nk tutup mata hati kita ni mensyukuri nikmat Allah??

       

        Majlis kemudiannya masih diteruskan  walaupun selepas 2 hujan masih turun renyai2..ho3..dan fasi2 pun tpksa bmandi air hujan dan berendam air mata semasa pnyerahan  adik2 kpd ibu bapa.. [biasalah kan..he3]..selepas majlis habis kami pun bkumpul utk mnerima saguhati drpd kerajaan negeri Kedah dan begambar sebagai kenang2an.. Setelah selesai semuanya kami bpatah balik ke asrama dn bkemas2 kemudian mnaiki kereta ke rumah sekerateriat dan bpisah dgn shabat2 KBI..I’Allaah kita akn btemu kembali..T.T

 

        Malamnya selepas solat Isyak kami bertolak ke Sg. Petani ke rumah sahabat sy Hani..kami bertiga bziarah ke rumah Hani alang2 dh smpai ke Kedah ni kan..Ustd Fahmi dn Ustd Najmi (AQ 5) yg hantar kami ke rumah Hani malam tu..Alhamdulillah selamat sampai pukul 12tgh mlm di rumah Hani..Kemudian di jamu mkn lg olh ‘Mak Cik’..Entah bila tlelap pun sy xtahu mlm 2..bgun2 dh pg..he3

 

02.06.2011

 

        Hari ni Mak Cik bawa kami round2 sekitar bndar Sg Petani..puas bshopping dan mkn la kt Kedah ni..Nak2 pulak sahabat sy belanja..lg seronok..huhu..Dalam pukul 12.00 tgh hari kami hantar shbt kami yg dh xsabar nk balik ke stesen bas di SP..he3..petang2  pula kami brehat dn makan laksa yg Mak Cik buat..[makan lg..kih3..]..malam itu sy btolak ke Johor dalam pukul 11 mlm..sedihnya nk mninggalkn Kedah dn mninggalkan Mak Cik dan Hani walaupun baru bkenalan, kbaikan itu buat sy rasa sgt selesa dn gembira bsama sahabat2 semua..Selamat Tinggal semua dan selamat bjuang!!!^_~




Cahaya Iman


iman bagaikan emas permata

letaknya di dalam jiwa

kemilau warnanya bak cahaya

menyuluh hidup seluruh manusia 2x


iman letaknya di hati

suburkanlah dengan ilmu

bajainya dengan zikrullah

ia menujukkan kita

jalan diredhai Allah

imanlah harta yang paling berharga..


iman kurniaan yang esa

tanpa mengira bangasa dan rupa

memberi petunjuk ke jalan mulia

menjadi benteng penghalang dosa.


orang yang teguh iman

sabar dengan ujian

di akhirat dia insan yang mulia2x


iman bagikan emas permata

letaknya di dalam jiwa

kemilau warnanya bak cahaya

menyuluh hidup seluruh manusia..


menyuluh hidup seluruh manusia..


*Lagu Tema KBI



Sunday, June 5, 2011

KeMbALi

Assalamualaikum…^_~

 

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga..

 

Huhu..sy mula bpantun lg nampaknya..

Lama dh xdgr cerita sy kn3??

Jgn rindu2..kih3.. ßperasan sungguh

Alhamdulillah..b’akhirlah semester 2 PPISMP sy..

Sedang tunggu keputusannya naik semester ni..

Harap2 lulus..he3

Baru2 ny sy baru balik dr Kedah..

Syukur sgt dpt join program Kem Bina Insan sebagai fasilitator..

Banyak perkara yg sy belajar..^^,

Xsgka sy bjumpa dgn ramai org yg baik2 belaka..

Sy juga sempat bziarah ke rumah sahabat sy Hani..

Baik betul keluarganya..

Puas duduk di Kedah..

Seminggu hidup dlm ketenangan & kebahagiaan..

Walaupun penat,bila dpt mnyumbang sedikit tenaga pd ank2 bangsa ni rasa puas sgt..

Klau dilihat pd adik2 ny ade yg masalah kluarga..

Mgkin kurang kasih sayang, ibu bapa sibuk dengan hal dunia, anak2 pun terabai..

Kasihannya..

 

        “Kalau  kita menolong  jalan Allah, Allah akan tolong kita..”

 

Bila teringt kata2 Kak Zihan ni..

Sy t’senyum..betullah..he3..

Okey2..I’Allah nnty sy akn tulis entry psal program di sana ye slpas ini..

Gaharu Cendana..nantikan..^_^

Sekarang nk enjoy masa2 b’harga bsama family..he3



Sunday, May 22, 2011

SiApAkAh Zainab Al-Ghazali??

Assalamualaikum~~

Siapakah????
Huhu..xberapa lama dahulu..
Ketika sy mngikuti program Shababul Wa Fatayat Islam..
Kami main satu game macam explorace..
Dan group kami xdpt beri jawapan pada checkpoint tersebut..
Checkpoint ni tanya pasal tokoh islam..
Kami xdapat jawab..
Amek kau!!main tepung dlm talam la nk tahu siapakah tokoh tersebut..huhu
Melalui itulah timbul rasa kesedaran saya untuk ambil tahu tentang pejuang2 Islam ni..
Kalau kita tahu sejarah2 ni tentu kita akan lebih faham betapa sukarnya perjalanan Islam ni sblm smpy kepada kita..
Bila kita dh tahu susah payah Islam tu…
I’Allaah..akan terbit rasa semangat juang yg tggi nk mempertahankan Islam pd diri & kemudian masyarakat..^^,


PENGALAMAN ZAINAB GHAZALI
Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan.
Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, “Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.”
Dia memperingatkan suaminya lagi, “Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.”
Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?
Contoh seorang Muslimah Abad 20

ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI
Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.
Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.
Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.
Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.
Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.
Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.
Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam..

Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu. 

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:



"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing. 

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!" 

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku. 

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) 

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas. 

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.

Saturday, May 21, 2011

Just Let Me GO....ok??

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..lega rasenye..
Bila semuanya yg tbuku d hati telah ku luah kan..
Sukarnya aq bkata ‘tidak’ pd org..
Huh..penakut sungguh..
Bukan takut, tapi xsggup nk mngecewakan....


Tp kau tahu kn…..
Bukan semua bende kita blh terima je..
Kadang2 dalam hidup ni perlu untuk kau buat keputusan yg terbaik untuk diri dan bertegas dengan pendirian kau 2..
Say ‘No’ to….he3..
Tahu2 je lah..
Bdak2 muda zaman sekarang..
Maafkan aq..
Keadaan memaksa aku sekarang ni..
Dah la exam week..
Perkara2 macam ny pulak mendatang..
Satu2 menerjah..
Xckup2 lg ke dgn 1 masalah tu??
Grrrrr… ßtunjuk perasaan tensen konon..:P
Sabar je la syg..
Dugaan-Nya…
Letak tangan atas dada dan berkatalah..
                   
        “Hadapi dengan senyuman…semua yg terjadi biar terjadi…hadapi….dengan tenang jiwa…semuanya…akan baik2 saja..I’Allaah..<3”

Really love this quote….

        “Seandainya kita dicipta menjadi satu...
Pasti suatu ketika kita akan bertemu...
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu...
Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku..”

Jadinya….
Begitulah…
This is the end..
Thankful to Allaah..

Pertemuan Bukan Milik Kita



Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

Lagu: Suara Hati
Lirik: Pahrol Mohd Juoi




Wednesday, May 18, 2011

SukE3!!^_^

Assalamualaikum…*.*

Kucing moden yg bhgia..kih3..sgt pintar n comey..<--ny pnting..

Sy suke!!
Huh..pe ke halnya beriya sgt sy ny??huhu…
Xde pe pon..sjew je nk semangat ny!
Wat ilg2 tensen blaja..
Ceh!belaja ke mslhnye?kih3..
Wanna share something..try r tgok..=)
[Sesajebuatxdekjewsgtagknyejgncubatiruaksiinidirumahatauditempat2awam…]

Sebelum

Percubaan 1

Percubaan 2

Lastly...=)

Try lain plak..[wei…study2 lar..*_*]

Sebelum
Percubaan 1
Percubaan 2
Percubaan 3..dh k..=)



*


*


*


*


*


*




Err…nk lg..nk lg..nk lg…hahaha…
Satu kali je lg k!!!
[t’pedaya lg dgn pjuk rayu sndiri..T.T]




Sebelum
Percubaan 1

Percubaan 2
Percubaan 3..fine!!ckup..^_^

Ehem2..childish betul!!
Main2 je dr td ye~~
erp!!
Huhu..
Biasalah..mggu exam..
Lbh specific lg pd sy mggu ketidakseimbangan..
Sumenye jd abnormal pd sy..
Malam xblh tidur..
Mkn xkenyang2…ßini xblh blah..huhu..
Mintak maap le pd sesiapa yg suruh sgt sy tidur 2..
Sy konon2 offline..pdhal xtidur pun..
Study??
Sikit2 sjew..& inilah kerja sy mngatasi ksteressan yg mlanda diri..
Ceh3..
Smile k!!^____.^.. ßade tahi lalat..sweet kn??kih3..

Senyumlah kerana Allah..Sungguh Dia melihat anda!!^_^