SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Saturday, January 15, 2011

Cinta??

Salam Ukhwah sahabat~~

Suka saya nak memulakan perbicaraan dengan serangkap pantun..

Anak cina main gelombang,
Nampak dari tanjung jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati..

Erm..mesti anda-anda semua dapat agak apa yang saya nak cerita ni kn3??
Maklumlah..
Sekarang tengah mood [flying+tahzan]..
pelik2 aje lah saya ni kn3??

Cinta selayaknya seperti seekor rama2..
Semakin kalian mengejarnya semakin jauh pula ia terbang meninggalkan kita..
Biarkanlah rama2 mu itu terbang ke mana sahaja ia suka..
Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
Ia bakal mengibaskan sayapnya ke arah mu menumpang teduh dari panas hujan dan badai duniawi..
Dalam keadaan yang kau tidak sangka mungkin saja rama2 yang kau kejar itu bukanlah rama2 yang Allah peruntukkan untukmu..

Betapa pun kita cintakan kekasih kita,
jika bukan dia yang ditakdirkan untuk kita dia takkan mungkin menjadi pendamping kita di dunia inikan pula di akhirat..

Wahai muslimah solehah, jangan risau akan jodoh mu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang menundukkan imannya..
telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu..
cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi mu..
jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,
insyaAllah si dia turut di jalan yang sama..

ada orang yang berkata pada saya 'jodoh xkan datang bergolek, kalau xberusaha xkawen la jwbnya'..
memang betul!!
tapi sekarang ni rasanya kita masih muda..
banyak lagi perkara yang kena diutamakan..
ada orang cakap pada saya..'aq xbuat apa2 pon..cuma buat yang ringan2 jew??'

'ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang2 yang melakukan maksiat'-Imam Syafi'i

saya bukan berkata seolah-olah saya suci dari semua itu..
ini adalah luahan perasaan berdasarkan pengalaman sendiri..
percayalah..

Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. 
Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. 
Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. 
Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

 jangan lah pula setelah kekecewaan mendatang menjadikan kita lebih jauh dariNya..
"La tahzan, inna Allaha ma ana"..bukan kah Dia lebih dekat dari urat nadi kita sendiri??


Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah..
Sekiranya kau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupan mu jika yang selautan itu masih engkau miliki..

jika sudah terlanjur..
kembali lah ke garis permulaannya kembali..

Setiap manusia itu tidak akan pernah sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.

No comments:

Post a Comment