SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Friday, January 21, 2011

Letih Dalam Pengharapan

Di kedinginan malam yg kian menusuk ke tulang rusuk ku..
Lantas ku ambil wudhuk..
Ku capai sejadah dan telekungku..
Cuba mencari ketenangan dalm solat sunat ku..
Mencari suatu yang seakan hilang..
Usai solat, aq tmangu..
Jauh fikiran ku melayang..
Menerawang entah ke mana..
Tkenangkan dia kah??
Bagaimanalah keadaan dia sekrang ye..
Rindunya saya..Astaghfirullahal azim..aku lemah..
Kuatkan aku untuk mlupakan dia Ya Allah..T.T
Bukankah..

Cinta pada bunga, bunga akan layu..
Cinta pada manusia, manusia akan mati..
Tapi cinta pada Allah adalah cinta yang kekal abadi..

Ku tahu tangis ku hnya sia2..
Saat kau khabarkan kata putus i2 aq hnya mampu tdiam..
Kerana sudah ku jgka kau kan pergi jua..
Hnya senyum kelat yg mampu mnghiasi bibir ku kala i2..
Mujur teman2 di sekeliling ku menghibur ku..
Jika tidak mgkin aq sudah hampir hilang kewarasan..
Aq beristighfar..menyedari yg pertemuan dn ppisahan d tgn mu..
Dan aq yakin ini yg tbaik..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”..
(Al-Baqarah:216)
Namun hati mana yang tidak sedih..
Hati  mana yg xhancur pabila cinta hanya btepuk sblh tgn..
Harapan yg dibina tggi memuncak hnya jd impian..
Tp ku pasti ini yg tbaik..namun hati ku sjew yg sukar sembuh..
Ku tahu aq silap..silap dalam mentafsirkan kata cinta yg sbnr..
Namun kini ku sedar..cuba memperbaiki diri dari terus jauh sesat dlm jerat yg ku bina sendiri..

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Aku tahu aku bukan spew2 nak beri teguran..
Mungkin ramai yang yang akan mengata pasal aku kalau aku tegur pasal ny..
Aku pun xmampu nak menahan diri daripada berkeinginan mmiliki cinta tu..
Memang ada insan yang menghulur tangan ‘tanda persahabatan’..
Dan hanya persahabatan yg ku mampu sambut..
Tidak lebih dari sekadar itu..
Sebab diakah aku begini??mengunci hati serapat-rapatnya untuk insan lain yang juga bergelar lelaki..

Aku dah lelah dlam pgharapan..
Yg ku temui hanya keraguan yang xmampu ilang..

Kita akan sentiasa meragui pasangan kita..adakah dia benar2 mncintai kita atau hanya ingin mainkan perasaan kita..
Itulah apa yang aku rasa..aku dah tawar hati untuk percaya..
Aku dah xde perasaan untuk jtuh cinta n mencintai orang lain..


Aku tak merasa kalah dalam penantian ini
Aku hanya merasa lelah yang teramat sangat
Setelah mengurung hatiku dalam cinta yang tak pernah terjawab
Aku seperti tercucuk duri yang tak pernah ku sedari
seberapa dalam meninggalkan luka perih
Menikmati sakitnya sampai tak terasa lagi luka telah mengalirkan darah
Begitu dalamnya cinta menikam kalbu hingga tak boleh ku bedakan lagi antara tangis dan tawa
Keduanya telah menjadi satu dalam butiran hampa
Aku mungkin belum kalah, tapi yang pasti aku mulai kecewa
Membawa kakiku berjalan menjauh dari cintamu
Perlahan tapi pasti
Tertahan tapi tak punya daya untuk kembali 

No comments:

Post a Comment