SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Saturday, January 15, 2011

~~SaHaBaT~~(^_^)

Assalamualaikum..
Bismillahirohmanirohim..

Bunga melur kembang setaman,
Di petik dara menjelang pagi,
Budi sejalur terhutang sezaman,
Di tubir pusara ku kenang lagi..

Sahabat..
terimakasih kerana menghadiahkan ku suatu hadiah yang tidak ternilai..
saya kalau cerita pasal kawan ni memang sangat suka..
nak cerita sikit la pasal dulu2 ni..
memang sedih sikit la saya masa dulu sebab  xde orang nak kawan dengan saya..
nak tau sebab apa??
kejap ye saya fikir2kan..he3

1. Sebab saya dulu 'gemuk'..
2. Sebab saya xcantik..(xada pon lelaki yang nak kawan dengan saya ni)
3. Sebab saya xpandai berkomunikasi dengan orang..

rasanya sebab itulah agaknya..
selalu dihina dan diumpat itu biasalah..
saya rasa hidup saya ni macam kisah 'itik yang hodoh' la pulak.. huhu
walaupun sekarang ni xde la cantik sangat pon..(ciptaan Allah memang cantik sebenarnya)
tapi disebabkan dulu masih jahil dalam menilai...he3
kini saya bersyukur..
kerana pengalaman dahulu itulah yang menjadikan saya seorang yang sentiasa terbuka menerima kekurangan orang lain..
InsyaAllah..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari.."

pengalaman lalu menjadikan kita lebih dewasa..
jangan kita fikir kekurangan kita nanti kita kufur..
hitunglah nikmat yang kita peroleh, kita akan bersyukur..


Bahagiakan memiliki sahabat??
Memang bahagia pon..
Ada sahabat saya bertanya..

'Aku da banyak sakitkan hati kau tapi kenapa kau masih boleh terima semua tu??'

Tahu xkenapa??
kerana kau sahabat ku..

'Setiap orang yang meminta maaf dan mengaku kesilapannya Tuhan akan ciptakan satu sungai untuk kita di syurga dan orang yang memaafkan akan dipandang tinggi kerana keperibadiannya'..

Kemudian sahabat saya tu berkata lagi..

'Oit..aku bertuah dapat sahabat cam kau..tapi aku nak buat pengakuan kat kau..apa yang kau selalu tengok tu adalah perangai sebenar aku..aq xminta kau suka perangai aku..tapi cubalah memahami..tapi kau tengok la nanti kita semua takkan lama bersama..apa yang boleh di bawa adalah kenangan..'

Sedih jer ayat kawan saya ni kan3??
Sentimental betul la dia ni..he3
Jangan risau sahabat..saya pun menjawab..

'Xpe..Kita bertemu dan berpisah atas kehendaknya..yang penting hari ini..jangan kita berkelahi..aku kan sentiasa mencintai dan cuba menyukai sikap orang lain..kita semua berbeza dan itulah persamaan kita..walaupun nanti semuanya akan hanya jadi kenangan,aku tetap bersyukur..kerana sekurang-kurangnya aku pernah melalui hidup bersama dengan orang yang pernah membuat ku bahagia"..

Itulah sedikit kisah tentang sahabat yang saya ingin kongsikan..

"Bisikku pada tuhan yang satu..Lindungilah teman ku ini..Di setiap langkahnya..Di setiap hela nafasnya..Di setiap degup jantungnya..Banyak yang ingin ku pohon dan ku harapkan untuk dia..tapi jika satu sahaja yang dimakbulkan oleh Mu..Lindungilah IMAN di hatinya..kerana dengan iman yang ada temanku ini pasti selamat di dunia dan di akhirat"..
Ceriakan Hidupmu..
Jadilah Sahabat Terbaik Untuk Sahabatmu..


Ya ALLAH!!
Sahabat buah hatiku..
Mesra kami penawar duka..
Rindu kami menambah cinta..
Rajuk kami membuah ceria..
Ya ALLAH!!
Silaturahim kami Ukhwah Fillah..
Permusuhan kami, nauzubillah..
Berpisah hanya dengan mati..
Pengikat hati kami rabithah marthotillah..

No comments:

Post a Comment