Assalamualaikum~~^^,
Makin lama mkin sunyi ye blog ni..
Biasalah..sibuk..[kononnye la..huhu..]
Erm..baru2 ni..sy ikuti program Shabab wa Fatayat Islam..
Mksud dia program Pemuda Islam..
Bila ditanya pd diri..
‘Nak jadi pendakwah ke?’
‘Gile kau..aq mane ckup ilmu..lg la nk bdkwah sgala bagai..dgn perangai aq yg sgt2 kureng ni..xde spew nk dgr kot..’
Slalu mcm 2 la..semua orang fikir yg tggungjwb amar ma’ruf nahi mungkar ni hnya kerja ustaz ustazah jer..
ô`tBur ß`|¡ômr& Zwöqs% `£JÏiB !%tæyŠ ’n<Î) «!$# Ÿ@ÏJtãur $[sÎ=»|¹ tA$s%ur ÓÍ_¯RÎ) z`ÏB tûüÏJÎ=ó¡ßJø9$# ÇÌÌÈ
33. Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Kita ni bkn Muslim?
Kite tgok maksiat bleluasa sekarang ni..
Xkan kite xde rase btggungjwb lgsung utk mencegah..
Klau generasi pemuda skrg ni xmampu utk buat kerja2 amar ma’ruf nahi mungkar ni..
Anda blh byangkn la..sepuluh, 20 puluh tahun lg..
Betapa hancurnya negara M’sia yg anda cintai ni..
Klau nk pk kn diri ni yg xsempurna ilmu, mmg ramai la ustaz ustazah pun tarik diri dr medan dakwah..
Sebab ape..
Sebab klau nk tggu penuh ilmu di dada smpai mati pun masih rasa kurang lagi..
Kerana ilmu Allah 2 tlampau bnyak..
Masih ade iman lg lah klau anda rase diri 2 kurang..
Jd sama2 bdakwah 2 dpt lah kita p’baiki diri kita jgk..
Apa yang penting, ikhlaskn diri melaksanakan perintah Allah..
Bak kata Ustaz Muzakkir dlm program baru2 ni..
‘Segala kerja2 dakwah tu diibaratkan seperti benih2 Islam..Dan hati pula adalah tanahnya..bilamana tanah i2 subur dan baik..InsyaAllah benih2 tersebut akan bcambah dgn baik..maka hati i2 perlu bersih & ikhlas..’
Bila mana jika kita lakukan sesuatu 2 dgn ikhlas..
Xmgharap ape2 selain rahmatnya..
InsyaAllah usaha 2 mndatangkn hasil..
Sebab syaitan sgt takut dgn org yg ikhlas..
Walaupun bnyk dh kerja2 Islam ni kita buat..
Tp terbit sedetik sifat riak, takbur & ujub..
Sia2 lah segala amal kita 2..
Xkn diterima olh Allah..nauzubillah..
Di sini dptlah disenaraikan antara kewajipan pemuda Islam pd masa kini..
1. Benar-benar menjadi muslim dari segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..
2. Segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.
Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.
2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.
3. Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau dengan ucapan. Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.
4. Gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.
5. Kerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam. Ini adalah penting kerana :
-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,
-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik.
6. Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.
Perlu bersabar dalam masalah ini, kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.
Ia memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Jangan terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa natijahnya.
NASIHAT PENTING
-Jangan menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah).
-Jangan menggunakan kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku.
-Jangan cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, Oleh itu, mesti menyebar dakwah dengan cara terus terang.
-Bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.
-Menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi.
-Hadapilah rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan
Sumber: infodakwah.com
“Andai Islam seperti bangunan usang yang hampir roboh, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama-sama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..”
-Hassan Al-Banna


No comments:
Post a Comment