SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Thursday, July 21, 2011

sUdah tIBakAh mAsa uNtUkKu....??

Assalamualaikum…^_^

Sudah tiba atau belum?
Saya sendiri kurang pasti…
Sememangnya tak ada kepastian pon..
Huurm…

"Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."




Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: “..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (Riwayat Tirmidzi)





Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)


Gambar Hiasan

Kahwin awal, bersediakah?

Mari renungi sejenak....

Bagi sang lelaki, sudah cukup bersediakah menjadi imam dan pemimpin rumahtangga? Sesuai dengan tugasnya sebagai ketua keluarga, dialah yang akan membimbing, menuntun dan mencorak keluarga yang dibinanya. Jika diri sendiri masih banyak  kelemahan dan serba-serbi kekurangan dari sudut pegangan agama, bagaimana mungkin diri ingin membawa isteri dan anak-anak hingga ke syurga-Nya?

Bagi sang gadis pula, sudah cukup bersediakah untuk menjaga dan menyiapkan diri menjadi isteri yang setia, taat dan patuh kepada suami? Apakah sudah bersedia untuk melahirkan pejuang-pejuang agama? Apakah layak untuk melaksanakan semuanya jika diri masih lagi terumbang-ambing dan compang dalam asas agama? Apatah lagi untuk merebut syurga yang terletak sepenuhnya di bawah tapak kaki seorang suami... 

Persoalan ini sebenarnya bergantung kepada kemampuan dan keadaan individu masing-masing. Jika sudah sampai masa yang sesuai, ibu bapa redha dan kedua- dua belah pihak merestui maka bernikahlah.                                                                                                   
Sepertimana hadis Baginda SAW yang bersabda bermaksud:

“Wahai para pemuda, siapa di antara kalian yang mampu menikah (jima’ dan biayanya) maka nikahlah, karena ia lebih dapat membuatmu menahan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa tidak mampu menikah maka berpuasalah, karena hal itu baginya adalah pelemah syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Firman Allah pula menyebut yang membawa erti:

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).

Tak dinafikan kahwin semasa belajar ada kebaikan dan keburukannya. Punyai pro dan kontra, semuanya kembali kepada ukuran dan nilaian masing-masing. Nikahlah bagi yang mampu dan bersedia melayari kehidupan berumahtangga walaupun dalam masa yang sama berstatus pelajar.

Tetapi jika tidak, maka nilailah dengan sebenar-benar penilaian dan ukurlah baju di badan sendiri jangan sampai merana diri sehingga membawa kepada pergaduhan dan perceraian pula nanti…

 

Mana satu pilihan hati dan cukupkah perbekalan didada yang menjadi persoalannya…

Moga sahabat saya diberi hidayah oleh-Nya dalam menentukan jalan kehidupannya..

Yang baik hanyalah daripadanya..

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang Allah janjikan pada kita disetiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh-Nya..

Bersabarlah sahabat…

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar..=)


 

Bacaan tambahan..[macam exam la pulak..haha]

No comments:

Post a Comment