Aku BAHAGIA kau pun Patut BAHAGIA

Mencintai tak bermakna memiliki..
Saya berpengalaman mempunyai seorang rakan yang sedang jatuh cinta dengan seorang muslimah yang juga sahabat baik saya. Pada mulanya saya betul-betul tak sangka dia betul-betul jatuh cinta pada wanita tu sedangkan saya kenal sangat dia. Seorang yang happy-go-lucky dan girlfriend dia sebelum ni biasa-biasa je perwatakannya. Saat dia meluahkan perasaan dia terhadap wanita tersebut pada saya, saya betul-betul terharu..
“Aku betul-betul jatuh cinta pada dia. Perwatakan dia, agama yang ada pada dia. Dia baik sangat. Kalau aku mati nanti aku nak kau cakapkan pada dia, aku betul-betul cintakan dia..”
Salah ke seorang yang biasa-biasa jatuh cinta pada seorang ustazah?
Hidayah milik Allah..
Mungkin itu caranya untuk menunjukkan jalan pada si dia..
Mungkin itu juga cara untuk menduga keimanan pemuda tersebut..
Adakah benar yang dicintai itu adalah agama yang ada pada wanita itu atau hanya kecantikan wanita itu semata-mata..
Saya sebagai sahabat tak mampu nak berkata apa-apa..
Hanya mampu memberi pendapat seberapa mampu saya..
Pesan wanita muslimah itu pada pemuda tersebut..
“Kejarlah cinta Allah dahulu..”
Sahabat saya bertanya.. “Macamana nak kejar cinta Allah? Aku tak faham..”
Mudah-mudahan Allah memberi kefahaman yang mendalam tentang agama kepada pemuda tersebut. Alhamdulillah.. hari makin hari saya dapat lihat perubahan sahabat saya tu. Berbeza sungguh.
Benarlah. Hati tu Allah yang pegang. Cara yang sama tak mungkin berkesan pada orang yang berbeza.
Mudah-mudahan cinta mereka cinta suci ya Allah..
Ada baiknya wanita tu tak membalas cinta pemuda tersebut sebenarnya. Agar kesucian cinta itu sendiri terpelihara. Mudah-mudahan sahabat saya diberikan kekuatan untuk mempertahankan cintanya pada Allah.
Jika kita cinta pada manusia, kita akan cemburu melihat orang lain yang mencintai manusia tersebut. Jika kita mencintai Allah, kita merasa cinta juga kepada orang yang melabuhkan cintanya pada Allah..
“Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istikharah. Mohonlah ditunjukkan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada’ Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istikharah sebagai jodoh kamu. Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini. T.T”-her post in FB
Yer.. Sahabatku. Usah kau bersedih.
Jodoh tu Allah yang beri. Milik kita hanyalah usaha. Bersabarlah. Andai ada jodoh, akan bersatu juga.
Dan aku sebagai sahabat kalian akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu berdua.
*cerita ini dikongsikan kerana saya rasa cerita mereka sangat menarik untuk dikongsi..=)

“Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?”
No comments:
Post a Comment