Kadang-kadang, mungkin pernah terjadi dalam kehidupan kita..
Bila mana kita sudah mencuba yang terbaik untuk membuat orang menyenangi kita..
Tetapi tiba-tiba pula musibah datang menghampiri kita..
Segala usaha kebaikan kita dipandang jijik oleh orang disekeliling..
Kita mula berkecil hati..
Melihat Allah tidak memuliakan kita atas kebaikan kita..
Astaghfirullah..
Sedar atau sedar..
Atas tujuan apa kita melakukan kebaikan?
Bukankah tujuan UTAMA kita di dunia ini untuk melakukan segala perintah-Nya..
Maka Allah munguji kita..
Apakah selama ini kebaikan kita itu kerana Allah atau semata-mata kerana manusia..
Adakah kau masih terusan melakukan kebaikan meski dicaci oleh manusia..
Begitulah..
Musibah itu suatu tarbiyah..
Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)
Bila mana diri hanya mengejar DUNIA lebih daripada mengejar AKHIRAT..
Kita mula mencampak ALLAH ke tepi dan mengagungkan manusia..
Segala suruhan manusia dianggap yang UTAMA berbanding suruhan ALLAH..
Kita mula berfikir, si dia akan marah aku kalau tidak melakukan ini dan itu..
Pernah sekali atau tidak untuk kita berfikir..
ALLAH akan MARAH kalau aku tidak melakukan ini dan itu??
Lihat..
Betapa sedar atau tidak dalam kehidupan kita, kita telah mngutamakan manusia lebih daripada pencipta kita..
Jika Allah sudah kau campak ke tepi, dunia pun pasti meninggalkan kau kelak..
Jangan nak berbangga atas pujian manusia, sebaliknya bersedihlah..
Allah Maha Tahu tentang diri kita..
Dunia bukan tempat untuk kau berjalan hingga mendongak ke langit..
Akhirnya kau akan hina juga kerana manusia tu dibuat dari sari pati tanah yang hina..
Hanya ketakwaan manusia itu yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain..
Kelebihan dan segala kekurangan hanya dicipta untuk menguji kita.
Dan mengapa Allah menguji kita?
Kerana Allah ingin menilai sejauh mana keimanan kita..
*Aku menulis BUKAN kerana NAMA..BUKAN juga kerana keMULIAAN..aku adalah aku..
tetap sari pati tanah yang HINA..^_^
*Musibah itu TARBIYAH husna..=))
![]() |

No comments:
Post a Comment