SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Sunday, October 16, 2011

thenewcheguusna.blogspot.com

Assalamualaikum..^_^





Waa!!hidup baru!!
Tak la..
Mana ada istilah hidup baru ke hidup lama dalam kehidupan kita ni..
Yang ada hanya satu kehidupan..
Apa-apa pun yang berlaku mestilah kita menghadapi kehidupan yang satu ini sehingga kita bertemu dengan kehidupan yang seterusnya..
Faham tak??huhu..
Jadi..
Teruskan kehidupan dengan senyuman yer Che'gu Usna..^_~


Saturday, October 1, 2011

WaNita Itu..


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
Aku BAHAGIA kau pun Patut BAHAGIA

 

Mencintai tak bermakna memiliki..
Saya berpengalaman mempunyai seorang rakan yang sedang jatuh cinta dengan seorang muslimah yang juga sahabat baik saya. Pada mulanya saya betul-betul tak sangka dia betul-betul jatuh cinta pada wanita tu sedangkan saya kenal sangat dia. Seorang yang happy-go-lucky dan girlfriend dia sebelum ni biasa-biasa je perwatakannya. Saat dia meluahkan perasaan dia terhadap wanita tersebut pada saya, saya betul-betul terharu..

                “Aku betul-betul jatuh cinta pada dia. Perwatakan dia, agama yang ada pada dia. Dia baik sangat. Kalau aku mati nanti aku nak kau cakapkan pada dia, aku betul-betul cintakan dia..”

Salah ke seorang yang biasa-biasa jatuh cinta pada seorang ustazah?
Hidayah milik Allah..
Mungkin itu caranya untuk menunjukkan jalan pada si dia..
Mungkin itu juga cara untuk menduga keimanan pemuda tersebut..
Adakah benar yang dicintai itu adalah agama yang ada pada wanita itu atau hanya kecantikan wanita itu semata-mata..
Saya sebagai sahabat tak mampu nak berkata apa-apa..
Hanya mampu memberi pendapat seberapa mampu saya..
Pesan wanita muslimah itu pada pemuda tersebut..

                “Kejarlah cinta Allah dahulu..”

Sahabat saya bertanya.. “Macamana nak kejar cinta Allah? Aku tak faham..”

Mudah-mudahan Allah memberi kefahaman yang mendalam tentang agama kepada pemuda tersebut. Alhamdulillah.. hari makin hari saya dapat lihat perubahan sahabat saya tu. Berbeza sungguh.
Benarlah. Hati tu Allah yang pegang. Cara yang sama tak mungkin berkesan pada orang yang berbeza.
Mudah-mudahan cinta mereka cinta suci ya Allah..
Ada baiknya wanita tu tak membalas cinta pemuda tersebut sebenarnya. Agar kesucian cinta itu sendiri terpelihara. Mudah-mudahan sahabat saya diberikan kekuatan untuk mempertahankan cintanya pada Allah.
Jika kita cinta pada manusia, kita akan cemburu melihat orang lain yang mencintai manusia tersebut. Jika kita mencintai Allah, kita merasa cinta juga kepada orang yang melabuhkan cintanya pada Allah..

                “Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istikharah. Mohonlah ditunjukkan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada’ Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istikharah sebagai jodoh kamu. Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan  hati yang sangat lembut ini. T.T”-her post in FB

Yer.. Sahabatku. Usah kau bersedih.
Jodoh tu Allah yang beri. Milik kita hanyalah usaha. Bersabarlah. Andai ada jodoh, akan bersatu juga.
Dan aku sebagai sahabat kalian akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu berdua.

*cerita ini dikongsikan kerana saya rasa cerita mereka sangat menarik untuk dikongsi..=)


                “Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?”

Thursday, September 22, 2011

miLiK sIaPa sEbeNaRnya??


Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak semestinya menzahirkan apa yang ada didalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya...
Sehingga terlupa...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak bermakna memiliki...

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku..."

Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...

Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali...

Saturday, September 17, 2011



Ada orang yang dilahirkan untuk bahagia dan merasai kebahagiaan..
Ada orang yang dilahirkan untuk menderita dan merasai penderitaan..
Derita dan bahagia ialah perasaan yang dilahirkan yang dilahirkan oleh diri masing-masing..
Ada orang yang merasa derita dengan kebahagiaannya dan begitu juga ada orang yang bahagia dengan penderitaannya..
Jika bahagia itu hadir, hargailah..
Andai ia pergi, bersyukurlah dengan bahagia yang pernah hadir..


Jangan terlalu mengharapkan hidup kita ini seindah mimpi tetapi impikanlah keindahan dengan apa yang kita miliki dan hargai sebelum ianya hilang dari pandangan mata..

Bertemu jangan jemu, berpisah usah gelisah..
Dekat kita akrab, jauh kita ingat..
Pahit tabah ditelan, manis utuh disimpan..
Yang pergi kita semadi, yang datang kita telusi..
Gelap kita cahayakan, terang kita warnakan..
Perpisahan satu permulaan..
Pertemuan satu perjalanan..
Bukan baca dengan senyuman, namun tatap dalam renungan..^_^

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik..
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam kehidupan mereka..
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka..
Mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba..
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang menyentuh hidup mereka..


I’ll try my best to SMILE for you..=))