SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Monday, February 28, 2011

CiNta DaLaM DiaMku...

Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera..:)


Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri..


Seandainya CINTA hadir tanpa diundang..
Jangan sesekali mengiyakan perasaan i2..
Seolah2 anda mmbenarkan hati anda untuk mncintainya..
Sedangkan apa yang hadir hanyalah perasaan suka atw sekadar minat..
Jangan mudah mengukur sebuah kata cinta..
Kerana kita tdk tahu detak hati kita..
Dan hanya Dialah yg mngetahui..
Maka bertawakallah..


"Gravity is not responsible for people to fall in love..it just happens.."

Jika anda telah jatuh cinta, namun pastinya belum sedia untuk merealisasikan cinta i2..
Cintailah dalam diam..
Jika cinta i2 mampu membangkitkan anda..
Cinta i2 mampu membahagiakan anda walau hanya seketika..
Walaupun hanya anda yang merasai cinta i2..
Jangan bersedih..kerana Allah telah menghitung air mata mu i2..
Seandainya  orang yang kita 'cintai dalam diam' i2 bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Nya berdoalah..
Biarkan hanya masa yang menghapuskan perasaan i2 dari aty kita..insyaAllah..
Jika Allah mengambil sesuatu daripada kita, pastinya akan digantikan dgn yg lbh baik..:)


Cinta bukan mengajar kita lemah, 
tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat 
-Hamka

Err..Saya mengakui..
Ada seorang pemuda yg telah mgusik aty saya..
Namun rasa i2 hnya di sini..
Di dalam aty..meski tiada rasa cinta..
Tapi seandainya dia adlh jodohku..
Pastinya Allah akan melahirkan rasa cinta dalam hati ku ini untuknya kelak setelah dia menjadi pendamping hidupku..InsyaAllah..
Cintailah diri sendiri dahulu jika anda ingin mncintai org lain..
Anda tidak layak mencintai diri org lain sebelum anda mncintai diri sendiri..
Dan tiada erti mencintai diri jika tidak mencintai ALLAH..^_^ 


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya telah kau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi
Dan Ya ALLAH Ya Tuhan ku Yang Maha Penyayang
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya ALLAH Ya Tuhan ku Yang Maha Pengasih
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya ALLAH yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya ALLAH Ya Tuhan ku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang ditakdirkan
Adalah yang terbaik buat diriku ini
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambamu ini
Ya ALLAH cukupkanlah Engkau sahaja
Yang menjadi pemelihara ku
Di dunia dan di akhirat nanti
Dengarlah permintaan dan rintihan dari
Hambamu yang daif ini Ya ALLAH
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat nanti
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah padaku seorang pasangan
Yang beriman dan beramal soleh
Supaya diriku dan dirinya sama-sama
Mendapat keredhaan dari Mu Ya ALLAH
Dapat membina hidup ini
Dengan penuh kesejahteraan
Ke jalan yang Engkau redhai
Serta kurniakan lah kepada kami Ya ALLAH
Keturunan yang soleh dan solehah
Amin..Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment