SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Monday, February 21, 2011

Malunye sy..hik3!!

Assalamualaikum..^_^

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
 
 “Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…??” 


Fitrah lelaki menyukai wanita..
Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik..
Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki..
Setiap kali ade peluang mesti diusik..
Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba..
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; 

                “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”
(Hadith riwayat Bauhaqi).


Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki..
Klau buat baik akan dikagumi, bila buat jahat pulak diminati..
Kalau bab pakaian pulak..
Kalau pakai pakaian menutup aurat dilihat menawan..
Bila berpakaian seksi dilihat menggoda..
Dan mcm2 lg la yg menarik perhatian lelaki...xsenang wanita dibuatnya..erm!!
Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita..
Peranan malu dlam diri wanita inilah yg boleh membantu dlm menjaga tindak tanduk wanita tersebut..

Tetapi kalau tidak tahu malu?

            “Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah pon kalau orang mgacau dan mengusik aku..aku xkesah pon..rase cm best la plak..rase cam popular n digilai ramai gitu..hahaha..[kononnye la]..”

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

           “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” 

Hadis ini sebenarnya merupakan sindiran dalam tegahan.
Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji..
Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu.
Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.
Atau mungkin sifat malu yg dikurniakan Allah itu dah x berfungsi sepenuhnya..
Iye..sy mngakui mgkin jg itu bererti kurangnya iman di dada kami..T.T
Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang..
Sayangnye kn3??
Wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak digunakan pd tempat yg betul..
Tetapi percayalah..
Kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya..
Tentu ramai yang akan berpakaian sopan..
Dan disegani oleh sume pihak..
Mari sahabat!!sy pon sdang b’usaha..
Kalau sy sorang..erm..susah jgk sy..tlg la ae..:)



Memang xdinafikan..mmg sume wanita akn mudah jatuh aty pd org yg baik..
T’utamanya sy..ehem!!
Malunye….>.<
He3..tp sy pasti satu..
Secinta dan sekasih mana pon sy pd org..
Cinta sy hnya pd-Nya yg lbh UTAMA..
Btol..mmg sy mudah jatuh aty pd org yg melabuhkan cinta dia pd-Nya..
Dan sy anggap itu normal..kerana kita same2 bkasih pd Dia yg SATU

Rasulullah bersabda:

                “Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid..”

(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami dll)

Saya ade dapat message drpd shbt sy di hp yg buat sy tersentak dan sedar..
Erti sy hidup di dunia ini..

                "Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita..Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya..”

Betul 2 sahabat..mekasih yer..T.T
Klau kita sibuk psal cinta pun, kita pasti ke kita ini ditakdirkan utk bersatu dgn jodoh kita??
Dunia hampir ke pghujungnya..
Sampai bila kita nk duduk diam lg??

SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi…


DOA SEORANG PENCINTA 
Bismillahirrahmaanirrahim... 
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, 
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu 
Ya Muhaimin, 
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu 
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... 
Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati 
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... 
Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....
Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan 
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu 
Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu 
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh 
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... 
Ya Allah 
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas 
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... 
Amin.....


No comments:

Post a Comment