SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Thursday, April 21, 2011

SaLahKah aQ mEmuJi mU?

Assalamualaikum~~


Salahkah aku memuji mu?

“saya suka tengok awak senyum..menawan..”

Hihi..seronoknya ade orang puji aku..bangga betul!![detak hati]

“Awak3..cantiklah awak hari ni..”

Amboi3~~macam flying kt atas awan la plok..eh2..xjejak tanah rase kaki ni..hua3..[teruk  btol tahap bgga dia~~:P]

Huh!tolonglah~~
Jgn biarkn diri anda hanyut dan lemas dalam pujian yep!!

Satu persoalan menjelma~~

“Salahkah saya memuji anda?..”

Tak salah..setiap yg baik i2 dtgnya drpd Dia..
Bila2 masa klau Dia mahu anytime Dia blh tarik nikmat 2 dr kita..
Dan pada saat dan ketikanya i2..tinggalah aku dgn segala kelemahan dan kkurangan ku..
Adakah kau bsedia mnerimanya?
I2 lah yg saya takut sbnrnya..sy takut bila segala nikmat i2 ditarik semula dr sy..
Sy xmampu nk mghadapi hidup ini dn myalahkan Dia atas nikmat yg ditarik..
Ttp pdhal sms ade nikmat 2 sy xbsyukur pd Dia yg mnciptakan..
Malahan terus2an b’bgga dn merasa bhgia dgn sgala pujian tsebut..
Teruk kan diri ini?
Bersyukurlah dgn nikmat yg diberikan..InsyaAllah..Allah akn tmbah lg nikmat kalau kita b’syukur..^_^



Jendela Hikmah:Oleh Prof Madya Maznah Daud

“SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah:

              “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.”
 (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya.
Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.

Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya.

              Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

              “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

              “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Begitulah dia Rasul kita..Qudwah Hasanah kita..
Walhal dalam menerima pujian pun Rasulullah telah beri kita panduan terbaik..

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda. 

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.
 

InsyaAllah..sama2 lah kita amalkan dlm khidupan seharian kita..
Alhamdulillah~~^_^



DOA MENERIMA PUJIAN

Imam An Nawawi ra meriwayatkan:

Saiyidina Abu Bakr As Siddiq ketika menerima suatu pujian dari manusia, lalu dia berkata:

"Ya Allah! Engkau lebih mengetahui tentang diriku dari diriku sendiri, dan aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka. Ya Allah! Kau jadikanlah diriku lebih baik dari apa yang mereka sangka, dan ampunkanlah dosa-dosaku tentang apa yang tidak mereka ketahui, dan janganlah Engkau siksakan aku dengan sebab apa yang telah mereka perkatakan."



*Amaran!!
Saje nk ingatkan..citer sy xbest pon..huhu

No comments:

Post a Comment