Assalamualaikum..
Ada surat yang menarik ingin saya kongsikan sebenarnya yang saya dapat daripada blog Ustaz Cinta (Ustaz A. Ubaidillah Alias)..
Persoalan tentang “Dilamar ketika belajar”..
Err..bukan persoalan yang melanda Che’gu Usna tapi ada sahabat saya yang menanyakan tentang ni..
Teeet!!!hahaha..bukan saya la!!
terima kasih kerana sudi membaca surat saya..mg Allah memberkati ustaz.
saya ingin memohon sdikit pendapat pandangan ustaz..msalah sy tidak sebesar dan seberat orang lain..saya adalah seorg pelajar jurusan tahfiz Al-Quran, baru tamat pengajian..spanjg 3 tahun pengajian, dalam kelas yg sama..ada seorang kawan lelaki yg suka kat saya, n jujurnya saya pun mgkin ada rasa suka kat dia..dia pernah mnt tolg kat ustaz d kuliyah, tp dsebabkan ustaz tu kenal sy yg jenis blajar dan tak bkawan dengan lelaki..jd ustz tu ckap xmau tolg..ustaz tu ada bgtau saya akan hasrat lelaki tu..namun disebabkan msih blajar..sy no respon je kat dia..saya pun takut ni hny skadar mainan perasaan org muda
Nak dijadikan cerita, lpas habis belajar..dia ada cntc sy..tp sy katakan saya tak selesa berkawan dan berhubungan melainkan dengan 2plihan..
1. berkawan dan bhubungan dengan pantauan org tengah( yg dipercayai, ustaz@makayah)
2. tak payah berkawan/ berhubungan langsung
pastu..dia ada respon..katanya,'anti nak ana jumpa ayah anti ke..?
secara jujurnya, sy tak bersedia utk bawa hal ni kepada kluarga sbb masih mahu sambung blajar.. saya bercadang ke mansura dan dia berhasrat ke madinah. saya juga sebenarnya takut andaikata terjadi perhubungan ini akan mlibatkan dosa..atau ptus d tengah jalan..
kata lelaki itu, kita berusaha untuk menjga hati dan hubungan..andai xda jodoh..redhakan kehendakNya. Allahu'alam.
jd,saya katakan padanya, lebih baik istiqarah skali lg..saya dan dia. skg dalam proses..
cuma saya pasti sbnrnya dah ada kecenderungan di hati masing2..jd..
adakah mempengaruhi istiqarah...
saya ada bertanya kepada kawan sy..dia mencadangkan supaya jawapan sy- tak terima mahupun tak menolak..tapi andaikata hbs blajar,dan ada jodoh. terimalah dia,tp kalau dia temui sesiapa dlm tempoh dia belajar,terpaksalah merelakan dia
saya mohon pandangn ustaz ttg penyelesaian terbaik..cadangan dpd ustaz. terima ksih ustaz.
tma ksih ustaz..cuma mgkin ini tambahan kepada jawapan ustaz nanti...saya dah dua hari buat istiqarah..hari pertama hati tak tenang..mgkin lbh byak risaukan dan takut mudharat dosa yg mungkin blaku dalam 3tahun pengajian.asyik fkir dosa dan soal hati yg tak boleh dduga..andai saya menerima dia..
dah masuk hari kedua..semakin tenteram..dah berat utk menerima..itu pun stelah dapat sedikit nasihat drpd kawan2 yg dpercayai..cuma sy masih terfikir..adakah dbolehkan bhubungan antara lelaki dan pmpuan..mksudnya..bila org tnya..'ckap dah ada org'..tp sbnrnya blum ikat..dan hakikatnya mcam tak ada apa2 pun yg blaku..
soal komunikasi sdaya upaya d minimumkan.. sedaya upaya tak akan bhubung tanpa sebab..dalam erti kata yg lain..dalam islam ada ke istilah 'cup' atau bjanji..adakah dbolehkan?...saya pernah dgar istilah taqdim..tp saya tak arif..tma kasih ustaz..
RESPON USTAZ
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih sudi bertanya, alhamdulillah dan tahniah kerana akan melanjutkan pengajian ke mansura. Jauh lagi perjalanan hidupnya, boleh jadi berjumpa dengan berbagai orang dan bermacam jejaka lagi.
Dalam hubungan saudari ini, ustaz tidak akan memberi banyak komen. Sebab ustaz melihat, saudari seorang yang sangat menjaga hubungan. Ustaz percaya, saudari sudah ada asas dan kesedaran yang bagus. Maka, terserah kepada saudari untuk menjaga batas2 itu setakat yang mampu.
Dalam emel ini, ustaz sekadar mahu memberikan cadangan. Iaitu :
PERTAMA : BERTUNANG DAN AWALKAN PERKAHWINAN
Ini adalah cadangan sahaja. Sudah ramai orang berkahwin dan masih boleh meneruskan pengajian. Terutamanya jika saudari mahu ke Mansura, ada baiknya jika suami ikut serta. Atau saudari ikut suami ke Madinah. Ini lebih berkat.
Tapi, jika ada banyak halangan maka cadangan ini perlu diabaikan sahaja.
KEDUA : KHITBAH (BERTUNANG)
Biasanya bertunang ini dibuat majlis khusus dan hantaran. Ini adalah adat orang melayu. Kalau tiada hantaranpun ia tetap dikira tunang. Jadi, ustaz syorkan agar pihak lelaki pergi bertaaruf dengan keluarga saudari. Perkenalkan diri dan menyampaikan maksud.
Biar lelaki ini pergi sendirian dan memberitahu situasi. Pendek kata, pergi tanda secara tak rasmi. Tujuan pertemuan ini adalah untuk menjelaskan bahawa si lelaki ini mempunyai hasrat untuk melamar saudari. Jika boleh nak bertunang. Namun disebabkan pengajian, maka kita tanda dahulu. Maka ini juga sudah dikira bertunang walaupun tidak dibuat majlis.
Maka, jika ibubapa setuju dan menerima hasrat lelaki itu. Maka saudari sudah dikira bertanda dan ‘ada orang’. Maka, haramlah orang lain masuk meminang.
KETIGA : ABAIKAN DAHULU
Jika saudari merasakan ibubapa tidak bersetuju dan tidak suka bertunang lama2. Abaikan sahaja. Berdoa dan teruskan kehidupan seperti biasa. Kerana masih banyak lagi kisah dan pertemuan yang akan berlaku sepanjang belajar.
Boleh jadi, saudari akan bertemu dengan ustaz yang lebih hebat semasa di Mansora. Boleh jadi si lelaki akan bertemu dengan perempuan lain semasa belajar di Madinah. Jadi, lebih baik biarkan dahulu. Orang kata, Save the best for the last. Simpan jodoh itu ke belakang agar dapat cari yang lebih best!
Itu sahaja cadangan ustaz. Terserah pada saudari nak pilih yang mana.

budak kiut??errr... so????? xpe je kawen awal, dan di cup kn.hhaha
ReplyDeleteapasal komen kuar sini..errrr.zzzzz
ReplyDeletehahaha..dah 2 nk keluar kt ne kn??
ReplyDelete