SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Saturday, July 16, 2011

Episode Perpisahan 2 [cerita]

Assalamualaikum…


 

Perpisahan..

Memang la sedih..

Mana ada gembira kan..=)

Kenapa saya tersenyum?

Senyum tu beri kekuatan pada saya..

Tanya diri awak..

Boleh ke awak menangis dan tersenyum..

Senyuman tu buat saya kuat..

Pelik kan saya..

Makin banyak perkara sedih yang berlaku, semakin lebarlah senyuman saya…

Sabar Husna..Allah nak uji tu..=)))

Nak sambung cerita lagi..

Episode 2: Awal bulan Februari 2009..

Hari Ahad 1 Februari adalah tarikh nenek angkat saya meninggalkan saya..

Saya adalah cucu kesayangan kata cucu-cucu lain..

Tak tahulah kenapa..^_^

Dialah yang jaga saya selepas arwah mak meninggal dunia..

Lama jugak saya duduk dengan nenek sebelum abah kawen baru..

Kelakar rasanya bila ingat dulu saya cuti sebab abah kawen..

Alasan yang saya beri pada cikgu tu buat satu kelas ketawakan saya..

Saya rasa hairan..apa yang peliknya..

Bila dah besar baru saya faham..huhu..

Hari Ahad tu sepatutnya hari saya balik ke asrama..

Tapi terpaksa saya cuti lebih lama sedikit kerana urusan jenazah dll..

Hari Isnin dan Selasa sepatutnya ujian pertama dalam tahun tu untuk persediaan SPM..

Rasa lain sebab pertama kali tak hadirkan diri ke peperiksaan..

Pertama kali dapat nombor terakhir..

Dan pertama kali nombor satu kelas saya beralih nama pada orang lain..

Beri peluang orang lain kata mereka..he3

Hari Sabtu tu saya tunggu nenek masuk toilet untuk pakaikan lampin pakai buang dia dan salin baju dia..

Nenek dah seminggu lebih demam..

Tapi petang tu lama sangat Una tunggu nenek masuk toilet sampai Una dah tercakap banyak kali dekat nenek dalam nada suara yang kuat sebab nenek tak dengar..

Nenek tak toleh pon kat una..

Una jadi takut..jadi una biar je lah nenek duduk kat kerusi roda nenek..

Lama lepas tu baru nenek masuk..

Malam tu una dengan mak mah nak tukar baju dengan lampin nenek..

Tapi nenek langsung tak nak toleh kat una..

Rasa bersalah sangat..*_*

Nenek terasa hati sangat ke?

Nenek cuma cakap kat mak mah tapi tak mahu cakap dengan una..

Nenek diam seribu bahasa..

Orang kata kalau orang tu nak tinggalkan kita..dia tak mahu pandang orang yang dia sayang..tak tahu la..=.=

Una rasa nenek macam nak tinggalkan una..

Dalam hati una, hanya mampu doa..

“Ya Allah kalau Kau nak ambil nenek aku, biarlah semasa aku ada di sini”..

Una takut bila una dah dekat asrama nanti nenek tinggalkan una..

Una pon rasa pelik kenapa una boleh terfikir macam tu..

Una memang dapat rasa nenek nak pergi..pergi tinggalkan una untuk selamanya..

Pagi tu hening je..

Tak tahu kenapa una tak lalu makan pagi tu..

Tapi una kena makan sebab abah nak g hantar una balik asrama dah..

Belum sempat tuang makanan kat pinggan tiba-tiba una dengar mak mah jerit..

“Allah…mak..mak..”

Masa tu una terus dapat detect.. “nenek dah pergi…”T.T

Una jenguk bilik nenek..tubuh nenek dah kaku..

Atuk pulak marah mak mah kenapa jerit-jerit dekat nenek macam tu..

Atuk tak sedar nenek dah tak ada..

Atuk kemudian meraung…sebut nama nenek..pastu atuk takbir..sukar untuk atuk terima pemergian nenek..begitu juga kami..

Atuk kata.. “Aku ingat mak kau sejuk bila aku pegang dia pagi tadi..aku selimutkan dia..”

Sebenarnya nenek dah tak ada masa tu Atuk..

Atuk dah nyanyuk..setiap kali dia keluar ke meja makan..

Seperti kebiasaan dia akan duduk kemudian suruh mak mah panggilkan nenek..

Tapi sekarang nenek dah tak ada..

Bila mak mah cakap.. “Pak..mak dah tak ada pak..kan bapak dah tengok mak kebumi..pak lupa ke?”

Lepas tu Atuk meraung lagi sebut nama nenek dan masuk bilik..

Hampir dua minggu selepas tu..

13 Februari 2009..Atuk pulak tinggalkan kami..

Semoga cinta meraka hingga ke syurga..Amin..


☆彡 TASBIH CINTA ☆彡

" YA ALLAH, kurniakanlah aku perasaan cinta kepadaMU , dan cinta kepada orang yang mencintaiMU , dan apa sahaja amalan yang menyampaikan aku pada cintaMU".

" YA ALLAH, jadikanlah CintaMU itu lebih aku hargai dari pada air sejuk bagi orang yang kehausan".

" YA ALLAH, sesungguhnya aku memohon cintaMU , dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU".

" YA ALLAH, apa sahaja yang ENGKAU anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang ENGKAU cintai ".

" YA ALLAH, dan apa sahaja yang ENGKAU singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang ENGKAU cintai ".

" YA ALLAH, jadikanlah CintaMU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan ".

" YA ALLAH, jadikanlah aku mencintaMU, MalaikatMU, RasulMU , ( serta ) hambaMU yang Soleh ".

"YA ALLAH, jadikanlah aku mencintaiMU dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMU". Aamiin Allahumma Aamiin ..

 

No comments:

Post a Comment