Assalamualaikum..^_^
Selamat menjalani ibadah puasa yer saudara sekalian…
Jadinya kali ni ingat nak story sikit pasal puasa..
Huhu..
Yela dah berakhir pon fasa pertama puasa..
Dan sekarang kita sedang memasuki fasa kedua dalam bulan puasa..
Aish..mungkinkah Che’gu Usna akan menemui Ramadhan yang akan datang?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Semak balik amalan-amalan yang kita dah terabaikan..dan tak sengaja abaikan selama berpuasa ni…
Kita seringkali terkeliru dalam beribadah dimana…
Pertama:
Berpuasa hanya sebagai adat tetapi bukan ibadah. Yakni faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata tidak menjadi matlamat utama berpuasa.
Kedua:
Berpuasa hanyalah pada menahan lapar dan dahaga tetapi perbuatan-perbuatan mungkar masih dilakukan. Contoh: berdusta, mengumpat, menipu, bekata lucah dll.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”-Riwayat Ibnu Majah
Ketiga:
Meninggalkan sahur [tak sengaja tak mengapa..:P] sedangkan banyak hadis yang menyatakan kelebihannya. Ada juga yang bagun lewat sehingga tertinggal solat Subuh.
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasululllah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”-Riwayat Imam Muslim
Keempat:
Ibadah solat fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan je.
Kelima:
Bersungguh-sungguh melakukan solat sunat teraweh tetapi solat fardhu ditinggalkan.
Keenam:
Meningkatkan amal untuk diri sendiri je. Contohnya membaca al-Quran tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.
Ketujuh:
Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah di awal Ramadhan je tapi sia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan takbir hari raya pada malam hari raya [sebab sibuk masak juadah raya..huhu..terkena den] sedangkan sudah jelas lagi bersuluh kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan dalam hadis.
Kelapan:
Baca al-Quran tetapi masa bulan Ramadhan je. Habis Ramadhan maka berakhirlah amalan membaca al-Quran.
Kesembilan:
Anggap puasa sebagai bulan untuk berehat. Maka ramai menghabiskan sebahagian besar masa dengan amalan sia-sia seperti menonton TV, tengok cerita Korea, berbual kosong dll.
Kesepuluh:
Puasa tetapi langsung tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seislam yang lain. Terus dengan sifat tak endah bakhil dan kedekut.
Kesebelas:
Tidak mengeluarkan zakat fitrah inikan pula zakat harta. Sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.
Kedua belas:
Sengaja melewat-lewatkan bayar zakat fitrah sedangkan Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan agar zakat dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya supaya dapat diagihakn lebih awal kepada umat Islam yang berhak menerimanya.
Sekian..sekadar perkongsian..
Ambil ikhtibar dan selamat beramal…^_^
![]() |
| Puasa pon jaga kesihatan yer..risau Che'gu Usna dah batuk..jangan minum ais tw..^^, |


No comments:
Post a Comment