SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Monday, August 15, 2011

Di mana ingin ku cari cinta Mu?


Assalamualaikum..T.T


In your life, people can make you weak.
People can make you fall.
People can leave you.
People can change.
And also can hurt you.
People is only human, might stumble on stupid things and develop countless of habits.
But God never.
So, don’t ever try to give up.
Just look forward, do your best and God will do the rest.
Thrust yourself! It’s real.
So don’t stop to smile, smile, smile, because you have God and God own you.
And your beloved God is Allah….


Semakin dekat cinta manusia yang ingin dikejar…
Semakin jauhlah rasa kehambaan pada-Nya..
Di mana ingin ku cari Mu lagi?
Setelah puas ku mencari, mudahnya aku meninggalkan Mu demi dirinya..
Sedangkan dirinya juga daripada Mu..
Ye..satu hari kelak pasti aku akan muak dengan dirinya juga..
Melainkan dirinya yang ku cintai kerana Mu..
Jika hilang cintanya kepada Mu maka hilanglah jua cintaku padanya..
Namun, adakah benar semua ini adalah kerana Mu..
Atau hanya aku yang buta..
Dibutakan dengan segala tipu daya syaitan?
Ye..cintaku pada Mu sedang diuji..
Moga tabahkanlah diri..
Jangan kau samakan cinta manusia dan cinta Ilahi..
Kelak merana diri..
Ah…diri hanya pandai bersandiwara lantas menipu hati dan perasaan..
Wahai jodoh, sabarlah..
Bila tiba masa dan ketikanya kau kan bersatu jua..
Kerana cinta-Nya yang menyatukan kamu..
Jadi, pantaskah kamu meletakkan cinta-Nya yang kedua?
Dahulukanlah Dia dalam segala perkara..
Ingatlah Dia di setiap detak nafasmu..
Bukankah Dia yang selalu di sisi mu..
Maka mengapa kau mencari yang lain untuk meluah perasaan?
Bukankah Dia yang memberimu kehidupan sayang?
Kejamnya kamu!!!!!


Cinta tanpa syarat..
Ia memang mudah diungkap, tetapi terlalu sukar dimengertikan nilainya yang sebenar..
Ia boleh teruji dengan pelbagai cara sekehendak Allah SWT pemilik kehidupan ini..
Mungkin jawapan lisan boleh diberikan dengan syarahan yang panjang lebar tetapi adakah kelak boleh diungkapkan dalam bentuk tindakan yang benar-benar ikhlas?
Mungkin ia boleh terjadi dengan benar-benar saling memahami, saling menerima, saling bertanggungjawab dan saling bertolongan atas perkara kebaikan..
Cinta itu menjadi indah hanya kepada perkara yang indah di pandangan Allah walaupun di pandangan manusia ianya sudah tiada maknanya lagi…


Kadangkala aku sendiri kebingungan..
Bila ditusuk soalan demi soalan..
Bagi yang telah merasa cinta…
Bagi yang belum merasanya..
Cinta tidak habis-habis diperkatakan
Walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!
Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri..
Dipercayai lebih utama daripada dicintai..
Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya?
Kekadang, jalan berapi ditempuh jua..
Ah, bujukan nafsu terlalu melulu.. 
Sudah terhantuk baru terngadah..
Sudah berdarah, baru berubah..
Entah berapa banyak kali..
Kenapa tak mahu serik juga????

No comments:

Post a Comment