Terima kasih untuk senyuman itu~~;)
Tatkala hati ku resah & risau di saat itu senyuman mu menawan ku dengan ketenangan..
Kau tahu, betapa bererti sebuah senyuman itu untukku?
Mungkin aku tak mampu memberikan lebih daripada apa yang kau berikan..
Tapi aku ingin kau tahu senyuman mu itu mengukir senyuman ku..
Pernah suatu ketika, ku temui mu dengan wajah diam yang membisu..
Kau tahu, aku tak sanggup melihat kesugulan wajah itu..
Kesedihan ku, acapkali jadi kesedihan mu..
Namun, tak sekali pun aku dapat menyelami kesedihan yang kau rasa..
Kau tahu, aku sedih..
Kerana aku tak mampu..sedetik pun untuk memahami..
Segala erti yang kau bawakan untuk ku gapai..
Ku takut suatu saat aku akan menjadi kesedihan mu..
Ku takut..akan membiarkan kau pergi tanpa kata..
Kerana aku juga takut aku akan menjadi kesedihan mu kelak..
Aku tak mahu kau menangis mahupun diam dengan kesedihan itu kerana aku..
Maaf..aku tak mampu menjadi matahari mu di kala pagi datang menjelma..
Maaf..aku tak mampu menjadi payung yang melindung mu dari basahnya hujan..
Maafkan aku..
Kerana aku juga tak mampu menjadi pelangi yang memberi harapan baru tiap kali hujan melanda hidup mu..
Dan kalau kau masih mahu aku di sisi mu meski aku tak mampu untuk segalanya dalam hidup mu..
Ye..aku akan tetap di sisi..
Aku mungkin tak mampu janji untuk bersama selamanya..
Tapi aku janji..
Aku tak akan pergi selagi kau tak melepaskan aku pergi..
Aku tak mahu kenangan yang indah..
Kerana aku takut kenangan itu yang akan membunuh kita di suatu ketika nanti aku BUKAN untuk mu..
Aku hanya ingin kau apa adanya..
Walau tanpa kata..
Aku hanya mahukan senyuman itu…
No comments:
Post a Comment