SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Sunday, December 11, 2011

Syukur itu sudah CUKUP..


Tiap-tiap hari yang ku lalui..
Tiada kisah yang lebih menarik daripada memerhatikan segala ciptaan-Nya..
SubhanaAllah..
Ciptaan Mu dan segala yang telah kau ciptakan untuk ku lalui di sepanjang kehidupan ini benar2 mengagumi ku..
Mungkin aku tidak pernah mendapatkan apa yang aku inginkan..
Tetapi tanpa ku sedar..
Apa yang ku perolehi itu jauh lebih baik daripada yang ku pinta..

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Cukuplah Allah untukku..
Aku bukan lah wanita yang hidup hanya dengan gelak tawa dan senyuman..
Wanita seperti ku adalah wanita yang menangis untuk mendapatkan kekuatan..
Menyedari betapa kerdilnya diri ini..
Lemah dan tak berdaya..
Betapa aku dambakan kuasa-Nya dalam kehidupan ku..
Untuk aku kembali menapak penuh pengharapan HANYA pada Allah..
Lalu ku berjalan mengutip sisa2 kehidupan yang penuh keperitan dan menelannya tanpa perlu kau fikirkan lagi kesakitannya..
Itulah yang sedang ku usahakan..
Cuba mencari keKUATan..
Mengimbau masa silam bukan untuk menangis ke sekian kalinya..
Tetapi untuk mengambil IKHTIBAR dan pengajaran dari setiap siri kehidupan yang telah ku lalui..
Tiada kisah yang menarik untuk ku ceritakan..
Coretan ini hanya lah sekadar bicara ku atas kesempatan yang telah Allah berikan untuk ku terus mensyukuri nikmat-Nya..
SubhanaAllah..Maha Suci Mu yang telah menciptakan aku sesempurnanya aku..
Maha Suci Mu yang telah menjadikan segala ujian Mu dalam mendidik ku..
Terima Kasih ya ALLAH..!!

No comments:

Post a Comment