SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Wednesday, July 20, 2011

PeRjALanAn MasiH pANjaNg

Assalamualaikum..



Yer..perjalanan memang masih panjang..

Tapi adakah kita tahu apa yang terbaik buat diri kita?

Allah yang mengatur segalanya..

Kerna Dia yang Maha Mengetahui berbanding diri kita sendiri..^_^

Baru-baru ni saya ada terjumpa dan terbaca blog Ustaz Cinta@Ustaz A. Ubaidillah Alias..

Teringat pula masa selepas balik dari City Square 2tahun lalu..

Sempat juga saya membeli beberapa buah buku di Popular..

Diantaranya ialah buku hasil tangan Ustaz A. Ubaidillah ni yang bertajuk.. “Aku Mahu Jatuh Cinta tapi… dengan siapa?”

Menarik kisah-kisah yang terdapat dalam buku ni..


 

            “Cinta adalah satu lafaz yang difahami oleh seluruh manusia. Cinta adalah satu rasa yang selalu diimpikan oleh setiap jiwa. Namun, cinta tidak semuanya indah dan mempesona. Dalam berjuta warna cinta, tetap ada cinta yang membinasakan. Dalam berjuta kelopak cinta tetap ada yang bahaya, harus diteliti dengan waspada. Kenali cinta… atau anda mungkin menjadi mangsa.”


 

Jangan terlalu diberatkan soal hati dan perasaan jika masih muda..

Yang penting…

KENALI DIRI~~

Percantikkan pekerti, indahkan personaliti..

Perkayakan ilmu agama dan ilmu rumah tangga, dan… sabarlah menunggu…


 

            “Cinta yang akhirnya ke pelamin itu bukan satu kemuncak, sebaliknya ia satu permulaan yang baru. Asalnya cinta itu berdua, namun setelah diijabkabul ia menjadi ikatan antara keluarga. Dan untuk memastikan cinta antara keluarga ini terlestari, apakah yang anda siapkan?”



Padamu yang Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah... Aku adalah makhluk-Nya daripada tulang rusuk yang paling bengkok...
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah...
Maka, ketahuilah...
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan...
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah...
Tapi jangan pula membiarkanku begitu sahaja,
karena selamanya aku akan salah...
Namun tatap mataku, tersenyumlah...
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu...
Dan nasihatiku dengan bijak dan hikmah...
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu...
Maka, ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...

 



Dilamar ketika belajar

Assalamualaikum..


 

Ada surat yang menarik ingin saya kongsikan sebenarnya yang saya dapat daripada blog Ustaz Cinta (Ustaz A. Ubaidillah Alias)..

Persoalan tentang “Dilamar ketika belajar”..

Err..bukan persoalan yang melanda Che’gu Usna tapi ada sahabat saya yang menanyakan tentang ni..

Teeet!!!hahaha..bukan saya la!!

 

Assalamualaikum ustaz,
terima kasih kerana sudi membaca surat saya..mg Allah memberkati ustaz.
saya ingin memohon sdikit pendapat pandangan ustaz..msalah sy tidak sebesar dan seberat orang lain..saya adalah seorg pelajar jurusan tahfiz Al-Quran, baru tamat pengajian..spanjg 3 tahun pengajian, dalam kelas yg sama..ada seorang kawan lelaki yg suka kat saya, n jujurnya saya pun mgkin ada rasa suka kat dia..dia pernah mnt tolg kat ustaz d kuliyah, tp dsebabkan ustaz tu kenal sy yg jenis blajar dan tak bkawan dengan lelaki..jd ustz tu ckap xmau tolg..ustaz tu ada bgtau saya akan hasrat lelaki tu..namun disebabkan msih blajar..sy no respon je kat dia..saya pun takut ni hny skadar mainan perasaan org muda

Nak dijadikan cerita, lpas habis belajar..dia ada cntc sy..tp sy katakan saya tak selesa berkawan dan berhubungan melainkan dengan 2plihan..

1. berkawan dan bhubungan dengan pantauan org tengah( yg dipercayai, ustaz@makayah)
2. tak payah berkawan/ berhubungan langsung

pastu..dia ada respon..katanya,'anti nak ana jumpa ayah anti ke..?
secara jujurnya, sy tak bersedia utk bawa hal ni kepada kluarga sbb masih mahu sambung blajar.. saya bercadang ke mansura dan dia berhasrat ke madinah. saya juga sebenarnya takut andaikata terjadi perhubungan ini akan mlibatkan dosa..atau ptus d tengah jalan..

kata lelaki itu, kita berusaha untuk menjga hati dan hubungan..andai xda jodoh..redhakan kehendakNya. Allahu'alam.

jd,saya katakan padanya, lebih baik istiqarah skali lg..saya dan dia. skg dalam proses..
cuma saya pasti sbnrnya dah ada kecenderungan di hati masing2..jd..
adakah mempengaruhi istiqarah...

saya ada bertanya kepada kawan sy..dia mencadangkan supaya jawapan sy- tak terima mahupun tak menolak..tapi andaikata hbs blajar,dan ada jodoh. terimalah dia,tp kalau dia temui sesiapa dlm tempoh dia belajar,terpaksalah merelakan dia

saya mohon pandangn ustaz ttg penyelesaian terbaik..cadangan dpd ustaz. terima ksih ustaz.

tma ksih ustaz..cuma mgkin ini tambahan kepada jawapan ustaz nanti...saya dah dua hari buat istiqarah..hari pertama hati tak tenang..mgkin lbh byak risaukan dan takut mudharat dosa yg mungkin blaku dalam 3tahun pengajian.asyik fkir dosa dan soal hati yg tak boleh dduga..andai saya menerima dia..

dah masuk hari kedua..semakin tenteram..dah berat utk menerima..itu pun stelah dapat sedikit nasihat drpd kawan2 yg dpercayai..cuma sy masih terfikir..adakah dbolehkan bhubungan antara lelaki dan pmpuan..mksudnya..bila org tnya..'ckap dah ada org'..tp sbnrnya blum ikat..dan hakikatnya mcam tak ada apa2 pun yg blaku..

soal komunikasi sdaya upaya d minimumkan.. sedaya upaya tak akan bhubung tanpa sebab..dalam erti kata yg lain..dalam islam ada ke istilah 'cup' atau bjanji..adakah dbolehkan?...saya pernah dgar istilah taqdim..tp saya tak arif..tma kasih ustaz..

RESPON USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih sudi bertanya, alhamdulillah dan tahniah kerana akan melanjutkan pengajian ke mansura. Jauh lagi perjalanan hidupnya, boleh jadi berjumpa dengan berbagai orang dan bermacam jejaka lagi.

Dalam hubungan saudari ini, ustaz tidak akan memberi banyak komen. Sebab ustaz melihat, saudari seorang yang sangat menjaga hubungan. Ustaz percaya, saudari sudah ada asas dan kesedaran yang bagus. Maka, terserah kepada saudari untuk menjaga batas2 itu setakat yang mampu.

Dalam emel ini, ustaz sekadar mahu memberikan cadangan. Iaitu :

PERTAMA : BERTUNANG DAN AWALKAN PERKAHWINAN

Ini adalah cadangan sahaja. Sudah ramai orang berkahwin dan masih boleh meneruskan pengajian. Terutamanya jika saudari mahu ke Mansura, ada baiknya jika suami ikut serta. Atau saudari ikut suami ke Madinah. Ini lebih berkat.

Tapi, jika ada banyak halangan maka cadangan ini perlu diabaikan sahaja.

KEDUA : KHITBAH (BERTUNANG)

Biasanya bertunang ini dibuat majlis khusus dan hantaran. Ini adalah adat orang melayu. Kalau tiada hantaranpun ia tetap dikira tunang. Jadi, ustaz syorkan agar pihak lelaki pergi bertaaruf dengan keluarga saudari. Perkenalkan diri dan menyampaikan maksud.

Biar lelaki ini pergi sendirian dan memberitahu situasi. Pendek kata, pergi tanda secara tak rasmi. Tujuan pertemuan ini adalah untuk menjelaskan bahawa si lelaki ini mempunyai hasrat untuk melamar saudari. Jika boleh nak bertunang. Namun disebabkan pengajian, maka kita tanda dahulu. Maka ini juga sudah dikira bertunang walaupun tidak dibuat majlis.

Maka, jika ibubapa setuju dan menerima hasrat lelaki itu. Maka saudari sudah dikira bertanda dan ‘ada orang’. Maka, haramlah orang lain masuk meminang.

KETIGA : ABAIKAN DAHULU

Jika saudari merasakan ibubapa tidak bersetuju dan tidak suka bertunang lama2. Abaikan sahaja. Berdoa dan teruskan kehidupan seperti biasa. Kerana masih banyak lagi kisah dan pertemuan yang akan berlaku sepanjang belajar.

Boleh jadi, saudari akan bertemu dengan ustaz yang lebih hebat semasa di Mansora. Boleh jadi si lelaki akan bertemu dengan perempuan lain semasa belajar di Madinah. Jadi, lebih baik biarkan dahulu. Orang kata, Save the best for the last. Simpan jodoh itu ke belakang agar dapat cari yang lebih best!

Itu sahaja cadangan ustaz. Terserah pada saudari nak pilih yang mana.

Wassalam..


Ustaz Cinta 

Saturday, July 16, 2011

Episode Perpisahan 2 [cerita]

Assalamualaikum…


 

Perpisahan..

Memang la sedih..

Mana ada gembira kan..=)

Kenapa saya tersenyum?

Senyum tu beri kekuatan pada saya..

Tanya diri awak..

Boleh ke awak menangis dan tersenyum..

Senyuman tu buat saya kuat..

Pelik kan saya..

Makin banyak perkara sedih yang berlaku, semakin lebarlah senyuman saya…

Sabar Husna..Allah nak uji tu..=)))

Nak sambung cerita lagi..

Episode 2: Awal bulan Februari 2009..

Hari Ahad 1 Februari adalah tarikh nenek angkat saya meninggalkan saya..

Saya adalah cucu kesayangan kata cucu-cucu lain..

Tak tahulah kenapa..^_^

Dialah yang jaga saya selepas arwah mak meninggal dunia..

Lama jugak saya duduk dengan nenek sebelum abah kawen baru..

Kelakar rasanya bila ingat dulu saya cuti sebab abah kawen..

Alasan yang saya beri pada cikgu tu buat satu kelas ketawakan saya..

Saya rasa hairan..apa yang peliknya..

Bila dah besar baru saya faham..huhu..

Hari Ahad tu sepatutnya hari saya balik ke asrama..

Tapi terpaksa saya cuti lebih lama sedikit kerana urusan jenazah dll..

Hari Isnin dan Selasa sepatutnya ujian pertama dalam tahun tu untuk persediaan SPM..

Rasa lain sebab pertama kali tak hadirkan diri ke peperiksaan..

Pertama kali dapat nombor terakhir..

Dan pertama kali nombor satu kelas saya beralih nama pada orang lain..

Beri peluang orang lain kata mereka..he3

Hari Sabtu tu saya tunggu nenek masuk toilet untuk pakaikan lampin pakai buang dia dan salin baju dia..

Nenek dah seminggu lebih demam..

Tapi petang tu lama sangat Una tunggu nenek masuk toilet sampai Una dah tercakap banyak kali dekat nenek dalam nada suara yang kuat sebab nenek tak dengar..

Nenek tak toleh pon kat una..

Una jadi takut..jadi una biar je lah nenek duduk kat kerusi roda nenek..

Lama lepas tu baru nenek masuk..

Malam tu una dengan mak mah nak tukar baju dengan lampin nenek..

Tapi nenek langsung tak nak toleh kat una..

Rasa bersalah sangat..*_*

Nenek terasa hati sangat ke?

Nenek cuma cakap kat mak mah tapi tak mahu cakap dengan una..

Nenek diam seribu bahasa..

Orang kata kalau orang tu nak tinggalkan kita..dia tak mahu pandang orang yang dia sayang..tak tahu la..=.=

Una rasa nenek macam nak tinggalkan una..

Dalam hati una, hanya mampu doa..

“Ya Allah kalau Kau nak ambil nenek aku, biarlah semasa aku ada di sini”..

Una takut bila una dah dekat asrama nanti nenek tinggalkan una..

Una pon rasa pelik kenapa una boleh terfikir macam tu..

Una memang dapat rasa nenek nak pergi..pergi tinggalkan una untuk selamanya..

Pagi tu hening je..

Tak tahu kenapa una tak lalu makan pagi tu..

Tapi una kena makan sebab abah nak g hantar una balik asrama dah..

Belum sempat tuang makanan kat pinggan tiba-tiba una dengar mak mah jerit..

“Allah…mak..mak..”

Masa tu una terus dapat detect.. “nenek dah pergi…”T.T

Una jenguk bilik nenek..tubuh nenek dah kaku..

Atuk pulak marah mak mah kenapa jerit-jerit dekat nenek macam tu..

Atuk tak sedar nenek dah tak ada..

Atuk kemudian meraung…sebut nama nenek..pastu atuk takbir..sukar untuk atuk terima pemergian nenek..begitu juga kami..

Atuk kata.. “Aku ingat mak kau sejuk bila aku pegang dia pagi tadi..aku selimutkan dia..”

Sebenarnya nenek dah tak ada masa tu Atuk..

Atuk dah nyanyuk..setiap kali dia keluar ke meja makan..

Seperti kebiasaan dia akan duduk kemudian suruh mak mah panggilkan nenek..

Tapi sekarang nenek dah tak ada..

Bila mak mah cakap.. “Pak..mak dah tak ada pak..kan bapak dah tengok mak kebumi..pak lupa ke?”

Lepas tu Atuk meraung lagi sebut nama nenek dan masuk bilik..

Hampir dua minggu selepas tu..

13 Februari 2009..Atuk pulak tinggalkan kami..

Semoga cinta meraka hingga ke syurga..Amin..


☆彡 TASBIH CINTA ☆彡

" YA ALLAH, kurniakanlah aku perasaan cinta kepadaMU , dan cinta kepada orang yang mencintaiMU , dan apa sahaja amalan yang menyampaikan aku pada cintaMU".

" YA ALLAH, jadikanlah CintaMU itu lebih aku hargai dari pada air sejuk bagi orang yang kehausan".

" YA ALLAH, sesungguhnya aku memohon cintaMU , dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU".

" YA ALLAH, apa sahaja yang ENGKAU anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang ENGKAU cintai ".

" YA ALLAH, dan apa sahaja yang ENGKAU singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang ENGKAU cintai ".

" YA ALLAH, jadikanlah CintaMU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan ".

" YA ALLAH, jadikanlah aku mencintaMU, MalaikatMU, RasulMU , ( serta ) hambaMU yang Soleh ".

"YA ALLAH, jadikanlah aku mencintaiMU dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMU". Aamiin Allahumma Aamiin ..

 

Episode Perpisahan 1[cerita]

Assalamualaikum…


 

Meninggalkan dan ditinggalkan memang lumrah alam ini..

Dan episod tinggal meninggalkan ni dah jadi sebati dalam diri saya..

Masa umur 5tahun arwah mak tinggalkan saya untuk selamanya…

Masa tu kecik lagi dan tak mampu menerima hakikat pemergian yang sebenarnya..

Lama saya menyalahkan takdir..

Menyalahkan Tuhan atas segalanya..

Memang saya akui betapa jahilnya saya pada ketika itu..

Hidayah memang belum milik ku..

Tambahan pula pengganti dirinya tak seperti yang sepatutnya menambahkan lagi penyesalan dalam diri saya..

Penyesalan mengapa Tuhan ambil mak dari hidup kami..

Kenapa mesti Tuhan biarkan saya hidup..

Mengapa tak bawak saya sekali bersama mak..

Masa tu tak ada siapa yang membimbing..

Tak ada siapa yang memahami jiwa saya..

Saya seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga dan dengan ibu tiri pula tak rapat..

Tinggal di dalam ‘neraka dunia’ memang memeritkan pada masa tu..

Bercakap sendirian macam orang gila sebab tak ada siapa yang sudi mendengar..

Hakikat sebenarnya cuma saya yang masih tak menemui cahaya..

Bila semakin dewasa..

Alhamdulillah..Allah temukan saya dengan erti kebahagiaan sebenar..

Allah lah yang menuntun perjalanan kehidupan saya..

Allah lah yang memberikan saya cahaya dan petunjuknya..

Orang jarang bersyukur bila sesuatu tu memang dah jadi milik dia sejak awal lagi..

Tapi bila tiada baru nak rasa kehilangan..

Mungkin Allah sengaja tak memberi cahaya ketika saya kegelapan dulu..

Agar saya tahu menghargai cahaya apabila telah menemuinya..

Maka beruntunglah saya kerana terpilih daripada kalangan hamba-Nya..

Namun, seringkali Allah uji saya untuk melihat sejauh mana iman di dada..

Seringkali saya salah memilih jalan..

Namun pada akhirnya saya sedar dan menyesal..

Benarlah..                  

SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.
________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____(¯`´¯)
─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨
█──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨
───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Ya ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘_’
✿✰◠◡◠✰ ----------------------------------
✰◠◡◠✰✿


Damba Cinta-Mu Raihan


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat 

Tuesday, July 5, 2011

(=˙˙ʎɐpoʇ ǝq oʇ ǝsooɥɔ noʎ op oɥʍ ɹǝʇʇɐɯ s,ʇı ʇnq˙˙suıƃǝq ʎɹoʇs ɹnoʎ ʍoɥ ɹǝʇʇɐɯ ʇ,usǝop ʇı

Assalamualaikum..^_^

 



PERSOALAN!?!

Kenapa Che’gu Usna….?

Macamana tetibe je ni…?

Oh0..sabar2..

Kenapa sy berjilbab @ bertudung labuh?

Semuanya kerana Allaah..^_6

Seorang sahabat bertanya…

 

        Si  A: Kenapa tetibe je usna pakai tudung labuh?

        Saya: Sebab rasa  nak pakai..=)

        Si  A: Takkan lah tetibe je…[senangnya jawab]

        Saya: ??

Persoalannya..

Kenapa mesti mengutarakan persoalan sebegitu?

Takkan nak tunggu nampak syurga depan mata baru nak berubah?

Baru nak tutup aurat?begitu ke??*_*

Apa yang anda harap saya jawab?

Ouh..mungkin aku patut tunggu sampai malaikat maut datang cabut nyawa aku baru aku nak tutup aurat sepenuhnya..[oit..masa tu kau dah dekat dalam kubur..dah sah-sah kena seksa dek malaikat sebab bagi peluang lelaki si polan tu berahi tengok body kau yang ‘saje/xsengaja’ kau tayang tu..Waaa!!]

Hidup perlukan perubahan..

Rasulullah sendiri berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk mempertahankan akidah umat Islam pada ketika itu..

Jadi..xsalah atau sememangnya patut kita[terutama Che’gu Usna] ni melakukan perubahan dalam hidup..

 

Erk..tak dapat hidayah lagi la nak berubah..

ok la ni..

aku pakai tudung..

bukannya nampak rambut..

eh, nampak bayang leher ni xpe kot..bukan ada orang perasan pun..

erm..xnampak pulak rantai leher aku baru beli kat Habib Juwel ni..

tarik sikit la tudung ni baru nampak..

waa…baru cantik..^_^..

eh..nampak dada la pulak..dosa ni..[tahu pulak dosa..he3]

kasi turun sikit la tudung ni..

alamak!!nampak macam makcik2 daa..

aku nak tunjuk rantai ke nak jadi makcik2??

[setelah berfikir..syaitan pun membisikkan idea yang bernas sekali..he3]

baik aku xyah pakai tudung..[good idea!!]

sayang pulak rantai ni beli tapi tak dapat tunjuk..

rugi2..rugi amalam syaitan ni..huhu..

bagus!!terbaik..satu lagu umat Muhammad bakal penghuni neraka..seronoknyer~~~ß kata syaitan la..

 

Atas ni just imaginasi penulis jika diri ni [Che’gu Usna] ikut kehendak syaitan..

Memang seronok bila melanggar hukum Allah..

Apa yang ditegah, itulah yang menjadi kepuasan pada diri..

Astaghfirullah..teruknya diri[Che’gu Usna] ini…

Nak cakap soal pengalaman tu..

Memang bahagia la..^_^

Ada juga yang beri pandangan negatif..

Tapi banyak yang positif..alhamdulillah..

Mungkin ada yang akan kata..

 

        ‘Aku nak tengok si minah tu..[Che’gu Usna]..sampai bila dia dapat bertahan pakai sarung guni[jilbab] tu..hahahaha..’ ß ayat kejam..T.T

 

Hari ini mungkin kita hilang arah, tapi jangan lupa untuk mencarinya semula..

Manusia ini memang pelupa, tapi jangan pernah jauh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, kerana itulah petunjuk kita..


Kenapa saya menulis di sini?

Sebab harap sahabat-sahabat faham..

Saya masih mencuba..

Janganlah hinaan-hinaan sahabat membantutkan terus usaha saya untuk berubah..

Saya tahu sahabat lebih baik..lebih hebat daripada saya..

Tapi kita kan sama2 nak Islam..

Sama2 nak kejar redha Ilahi..

Bantu lah saya..hulurkan tangan sahabat menerima sahabat mu yang hina dan kotor ini keluar dari paya maksiat  yang membelengu diri..

Hurm..tertarik dengan kata-kata kekanda[kakak] ku yang tercinta…<3

 

AKU BERHIJAB BUKAN UNTUK KELIHATAN CANTIK....
TTP UNTUK MENDAPATKAN KEREDHOAN ALLAH...
HIJABKU BUKAN SEKADAR KAIN YANG LABUH...
TTP!....SBG MARUAHKU SBG SEORG PRMPUAN DAN AGAMAKU SBG SEORG ISLAM...