SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Friday, December 16, 2011

perTEMUan ini..



Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang bagimu telah pasti
boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…
MENGASIHIMU…
dan MENCINTAIMU…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL…
dan tidak ada gunanya lagi…
karena dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu…
dan ketika itu tiba
TIADA LAGI ruang dalam hatinya buat kamu…


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN karena ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESALAHAN orang yang kita sayangi dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA,  BAHAGIA  dan terus  BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA!!
kita juga tidak sempurna
jadi mengapa harapkan insan yang sempurna
sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini…
setiap yang bernama manusia itu
mempunyai kelemahan…
mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu
dan memberi peluang kepadanya berubah…
dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…
itulah PASANGAN…
saling lengkap-melengkapi…


Apa yang utama ialah mencintai ILAHI…
dengan mencintai Ilahi…
pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…


Mencari yang sempurna…
SEMPURNAKAH DIRI KAMU??
tepuk dada tanyalah IMAN…




Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati…
apa yang pasti
kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…
cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA…
syukur di atas segalanya…


Hargailah KEKURANGANnya
untuk MENGGAPAI bahagia dan CINTAIlah dia
dengan segala kekurangannya untuk menggapai REDHANYA …
InsyaAllah my dear~~^^

Tuesday, December 13, 2011

SENYUMAN itu~~♥



Terima kasih untuk senyuman itu~~;)
Tatkala hati ku resah & risau di saat itu senyuman mu menawan ku dengan ketenangan..
Kau tahu, betapa bererti sebuah senyuman itu untukku?
Mungkin aku tak mampu memberikan lebih daripada apa yang kau berikan..
Tapi aku ingin kau tahu senyuman mu itu mengukir senyuman ku..
Pernah suatu ketika, ku temui mu dengan wajah diam yang membisu..
Kau tahu, aku tak sanggup melihat kesugulan wajah itu..
Kesedihan ku, acapkali jadi kesedihan mu..
Namun, tak sekali pun aku dapat menyelami kesedihan yang kau rasa..
Kau tahu, aku sedih..
Kerana aku tak mampu..sedetik pun untuk memahami..
Segala erti yang kau bawakan untuk ku gapai..
Ku takut suatu saat aku akan menjadi kesedihan mu..
Ku takut..akan membiarkan kau pergi tanpa kata..
Kerana aku juga takut aku akan menjadi kesedihan mu kelak..
Aku tak mahu kau menangis mahupun diam dengan kesedihan itu kerana aku..
Maaf..aku tak mampu menjadi matahari mu di kala pagi datang menjelma..
Maaf..aku tak mampu menjadi payung yang melindung mu dari basahnya hujan..
Maafkan aku..
Kerana aku juga tak mampu menjadi pelangi yang memberi harapan baru tiap kali hujan melanda hidup mu..
Dan kalau kau masih mahu aku di sisi mu meski aku tak mampu untuk segalanya dalam hidup mu..
Ye..aku akan tetap di sisi..
Aku mungkin tak mampu janji untuk bersama selamanya..
Tapi aku janji..
Aku tak akan pergi selagi kau tak melepaskan aku pergi..
Aku tak mahu kenangan yang indah..
Kerana aku takut kenangan itu yang akan membunuh kita di suatu ketika nanti aku BUKAN untuk mu..
Aku hanya ingin kau apa adanya..
Walau tanpa kata..
Aku hanya mahukan senyuman itu…






Sunday, December 11, 2011

Syukur itu sudah CUKUP..


Tiap-tiap hari yang ku lalui..
Tiada kisah yang lebih menarik daripada memerhatikan segala ciptaan-Nya..
SubhanaAllah..
Ciptaan Mu dan segala yang telah kau ciptakan untuk ku lalui di sepanjang kehidupan ini benar2 mengagumi ku..
Mungkin aku tidak pernah mendapatkan apa yang aku inginkan..
Tetapi tanpa ku sedar..
Apa yang ku perolehi itu jauh lebih baik daripada yang ku pinta..

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Cukuplah Allah untukku..
Aku bukan lah wanita yang hidup hanya dengan gelak tawa dan senyuman..
Wanita seperti ku adalah wanita yang menangis untuk mendapatkan kekuatan..
Menyedari betapa kerdilnya diri ini..
Lemah dan tak berdaya..
Betapa aku dambakan kuasa-Nya dalam kehidupan ku..
Untuk aku kembali menapak penuh pengharapan HANYA pada Allah..
Lalu ku berjalan mengutip sisa2 kehidupan yang penuh keperitan dan menelannya tanpa perlu kau fikirkan lagi kesakitannya..
Itulah yang sedang ku usahakan..
Cuba mencari keKUATan..
Mengimbau masa silam bukan untuk menangis ke sekian kalinya..
Tetapi untuk mengambil IKHTIBAR dan pengajaran dari setiap siri kehidupan yang telah ku lalui..
Tiada kisah yang menarik untuk ku ceritakan..
Coretan ini hanya lah sekadar bicara ku atas kesempatan yang telah Allah berikan untuk ku terus mensyukuri nikmat-Nya..
SubhanaAllah..Maha Suci Mu yang telah menciptakan aku sesempurnanya aku..
Maha Suci Mu yang telah menjadikan segala ujian Mu dalam mendidik ku..
Terima Kasih ya ALLAH..!!

di sepanjang 19 tahun ini yang ku lalui..


Menyelusuri kembali kehidupan yang telah ku lalui sepanjang 19 tahun hidup ku ini..
Terasa begitu singkat perjalanan hidup tanpa kebaikan..
Terasa perit melalui kehidupan tanpa hidayah-Nya..
Syukur ku ke hadrat Ilahi..
Setelah kehilangan diri yang kian rapuh..
Syukur kembalinya aku tersungkur di jalan kecewa dunia dan kembali pada jalan kebenaran akhirat..
Indahnya kehidupan yang ku lalui bersama-Nya..
Bersama sahabat yang ku cintai kerana Allah..
Dan bersama segala keindahan ciptaan Mu yang sangat menyentuh hati ini..

Namun, hidup tidak selalunya indah..Badai pasti menjelma..Jangan kau pinta lari daripada segala ujian hidup..Sebaliknya, pintalah keKUATan dalam menghadapinya..

Yer..terkadang aku juga mencari suatu konklusi yang aku juga tak pasti..
Inilah kehidupan..
Bukan semua yang kau mahukan jawapan bagi setiap persoalan akan datang sekelip mata..
Mungkin ianya memerlukan masa dan kematangan dalam masa kau mendapatkan jawapan itu..
Maka, bersabarlah..
Jalani lah kehidupan ini seadanya..
Kadang kita juga keliru dengan lumrah dan peraturan..
Tatkala kemahuan diri yang membuak2 menginginkan sesuatu sedangkan lumrah alam jelas menyatakan semua ini bukan milik kita..
Lantas mengapa terus berduka di saat kehilangan sesuatu yang pasti BUKAN milik kita..
Renungilah kembali TUJUAN hidup kita yang sebenar di muka bumi Allah yang tercinta ini..
Tidak kau lihat kebesaran-Nya?
Lihatlah segala yang terjadi pasti ada hikmahnya yang tersendiri..
Terpulanglah pada diri mahu memanfaatkan hikmah pada jalan kebenaran atau terus membutakan mata hati atas jalan kebatilan..

Perempuan yang tabah, dia tidak menangis untuk dilihat, untuk disimpati. Namun perempuan tabah itu menangis di dalam hati, doa pengubat hati, hanya mengharap belas ILAHI... InsyaAllah...♥

Yer..puas..!
Puas setelah mencoret sedikit luahan rasa hati..
Mungkin tak siapa peduli atau kisah tapi yang pasti, hati ini perlu tempat untuk mengadu..
Mengadulah pada Allah..
Lambat atau cepat, PASTI Dia akan mendengar..
Teruslah HADAPI hidup ini dengan senyuman..=)

Saturday, December 3, 2011

iSu nyer di SINI!!



Bukan di hati tiada niat untuk berpurdah. Namun, malangnya kaki belum mahir berenang, takut pula lemas di lautan dalam. Sedang kita cuba memperbaiki diri sendiri tiba-tiba tanpa kita sedar hanya mengotorkan hati dengan sifat-sifat mazmumah.
Mungkin juga terdetik di hati..

“Aku ingin tunjuk bahawa akulah solehah..”
Mungkin juga terdetik di hati ingin dianggap sebagai wanita cantik kerana lazimnya wanita berpurdah ini dikaitkan dengan seseorang yang cantik.
Mungkin juga hanya ingin menonjol di kalangan rakan-rakan yang tidak berpurdah.
Atau mungkin sahaja anda sebenarnya hanya takut dirogol..!

Andaikata sebab-sebab diatas menjadi sebab diri ini ingin berpurdah, tahniah..!!
NAFSU telah berjaya mengalahkan IMAN ku..T.T
Nauzubillah..muhasabah kembali wahai diri.
Berikut saya sertakan Hukum pemakaian purdah berdasarkan sedikit ‘research’ saya di internet..Chewah~~



PURDAH: Antara perbandingan ulama

Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama’. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi’, iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid’ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Menutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama’.

Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama’ berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud ” Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” Surah An Nur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, yang dikatakan dengan perkataan ‘ma zahara minha’ ialah pakaian dan tudung. Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

1. baju yang menutup seluruh tubuh.
2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
3. tudung yang dipakai oleh perempuan.
(lihat mu’jam asasi arab)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan ‘ma zahara minha’ dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu.

Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki ‘melabuhkan pakaian’ sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat ‘ma zahara minha’ tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri!

Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut.

Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

Antara ulama’ yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama’ kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A’la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Juga terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama.

Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap(tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut.Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

Adakah purdah wajib?

Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memakai purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur.

Jumhur Mazhab dan ulama’ bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.

: Hadis Rasul SAW yang bermaksud ” Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).

: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.

: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.

dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.

Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.

2. Tafsir Ibnu Mas’ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.

3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.

4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.

5. Saddu Zaraii’ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.

6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.


Secara akhirnya, jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.

2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.

3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan ‘tidak boleh masuk dengan masyarakat’. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar’i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!




Solehah bukan di mata, tetapi di hati.. biarlah kesucian hati itu sesuci pakaian yang disarung ke tubuhnya walaupun kita tahu jerit payah untuk bermujahadah melawan hawa nafsu namun, perjuangan harus diteruskan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama pada sangkaan hamba-Nya.
Cuba kita RENUNGkan sejenak. Atas dasar apakah kita ingin ber’purdah’??
IKHLASkanlah Menutup Pintu Fitnah itu..
Tujuan utama berpurdah adalah untuk menutup pintu fitnah dan bukanlah hanya menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah..!


“Mungkin ramai yang perasan dan tidak perasan, godaan baru kepada hawa nafsu serakah lelaki hari ini ialah melalui wanita yang memakai jubah fancy berlabuci dan bermanik indah, berpurdah menyembunyikan wajah, mata bermaskara untuk menjadikannya bulat menyerlah, memakai contact lense berwarna, bulu mata ditebal dan dilentik, kemudian merenung manja.” Gayanya seperti berkata, “aku the muslimah, pandanglah aku, datanglah kepadaku!” ~Berhati-hati muslimah~ Terima kasih ustaz Hasrizal Abdul Jamil atas teguran dan nasihat ini :)

Akhirkata..belajarlah berenang jika mahu ke lautan seberang..
Belajarlah merancang sebelum melakukan tindakan..
Ikhlaskanlah hati mu walau apa pun yang ingin kau laksanakan..
Hidup ini tentang PILIHAN dan pilihan itu adalah milik mu..
Mahu lebih baik atau bagaimana?
Fikir-fikir kan lah..^_~