SaHaBat YaNg Ku CiNtaI

Saturday, May 14, 2011

pEraNan ShAbAb IsLaM~~

Assalamualaikum~~^^,


Makin lama mkin sunyi ye blog ni..
Biasalah..sibuk..[kononnye la..huhu..]
Erm..baru2 ni..sy ikuti program Shabab wa Fatayat Islam..
Mksud dia program Pemuda Islam..
Bila ditanya pd diri..

        ‘Nak jadi pendakwah ke?’

        ‘Gile kau..aq mane ckup ilmu..lg la nk bdkwah sgala bagai..dgn perangai aq yg sgt2 kureng ni..xde spew nk dgr kot..’

Slalu mcm 2 la..semua orang fikir yg tggungjwb amar ma’ruf nahi mungkar ni hnya kerja ustaz ustazah jer..

ô`tBur ß`|¡ômr& Zwöqs% `£JÏiB !%tæyŠ ’n<Î) «!$# Ÿ@ÏJtãur $[sÎ=»|¹ tA$s%ur ÓÍ_¯RÎ) z`ÏB tûüÏJÎ=ó¡ßJø9$# ÇÌÌÈ  
33. Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
                                                                           
Kita ni bkn Muslim?
Kite tgok maksiat bleluasa sekarang ni..
Xkan kite xde rase btggungjwb lgsung utk mencegah..
Klau generasi pemuda skrg ni xmampu utk buat kerja2 amar ma’ruf nahi mungkar ni..
Anda blh byangkn la..sepuluh, 20 puluh tahun lg..
Betapa hancurnya negara M’sia yg anda cintai ni..
Klau nk pk kn diri ni yg xsempurna ilmu, mmg ramai la ustaz ustazah pun tarik diri dr medan dakwah..
Sebab ape..
Sebab klau nk tggu penuh ilmu di dada smpai mati pun masih rasa kurang lagi..
Kerana ilmu Allah 2 tlampau bnyak..
Masih ade iman lg lah klau anda rase diri 2 kurang..
Jd sama2 bdakwah 2 dpt lah kita p’baiki diri kita jgk..
Apa yang penting, ikhlaskn diri melaksanakan perintah Allah..
Bak kata Ustaz Muzakkir dlm program baru2 ni..
        ‘Segala kerja2 dakwah tu diibaratkan seperti benih2 Islam..Dan hati pula adalah tanahnya..bilamana tanah i2 subur dan baik..InsyaAllah benih2 tersebut akan bcambah dgn baik..maka hati i2 perlu bersih & ikhlas..’

Bila mana jika kita lakukan sesuatu 2 dgn ikhlas..
Xmgharap ape2 selain rahmatnya..
InsyaAllah usaha 2 mndatangkn hasil..
Sebab syaitan sgt takut dgn org yg ikhlas..
Walaupun bnyk dh kerja2 Islam ni kita buat..
Tp terbit sedetik sifat riak, takbur & ujub..
Sia2 lah segala amal kita 2..
Xkn diterima olh Allah..nauzubillah..

Di sini dptlah disenaraikan antara kewajipan pemuda Islam pd masa kini..

1. Benar-benar menjadi muslim dari segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.
Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.

        $pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä zNÏ9 šcqä9qà)s? $tB Ÿw tbqè=yèøÿs? ÇËÈ   uŽã9Ÿ2 $ºFø)tB y‰YÏã «!$# br& (#qä9qà)s? $tB Ÿw šcqè=yèøÿs? ÇÌÈ  
2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

3. Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau dengan ucapan. Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.

4. Gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.

5. Kerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam. Ini adalah penting kerana :
-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,
-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik.

6. Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

Perlu bersabar dalam masalah ini, kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.
Ia memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Jangan  terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa natijahnya.

NASIHAT PENTING
-Jangan menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah).

-Jangan menggunakan kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku.

-Jangan cuba-cuba untuk mencari jalan pendek,  Oleh itu, mesti menyebar dakwah dengan cara terus terang.

-Bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.

-Menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi.

-Hadapilah rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan
                
Sumber: infodakwah.com

“Andai Islam seperti bangunan usang yang hampir roboh, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama-sama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..”

-Hassan Al-Banna

Mujahadah itu berat.. Bukan sesenang yang difikirkan.. Kadang2 memakan masa bertahun-tahun untuk memenangi peperangan tersebut.. Allah, Kau teguhkan dan lembutkanlah hati-hati kami sebagaimana Kau teguh dan lembutkan hati2 para Nabi dan RasulMu, hati-hati para mujahidin dan hati-hati para waliMu.. Amiin.. Rintihan hambaMu yang teramat mengharap ya Allah...

Saturday, May 7, 2011

SaBarLah DuHaI HaTi~~

Assalamualaikum..

Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau


Lama sudah tdk mnaip entry baru..
Kesibukan dn ketandusan idea mnjadi kekangan..huhu..
Cuti Hari Pekerja dh berlalu..
Minggu kuliah pun dah berlalu..
Minggu ‘study’ hampir menjelma..
Kuliah ganti bnyk mnunggu..
Tugasan pembentangan bnyk t’tangguh..
Hidup sebagai student xada ape yg patut dikesalkan..
I2lah semua pengalaman yg akn kita kenangkn nnty bila dh tua..
Duduk di anjung rumah..
Bkongsi cerita bersama anak cucu..
Jika umur masih pnjg lah..he3
Sy sedikit t’kilan sebab hp sy hilang Isnin yg lalu di waktu sy sgt perlukan mnguruskan kejohanan badminton yg berlangsung pd Jumaat lalu..
Mujur sgt2 sahabat2 sy semuanya sgt2 memahami..
Ramai yg nk mnghubungi sy..tpaksa minx telefon roomate sy je..
Kecian hidup dy pulak yg xtenteram..huhu
Sbnrnya mmg bgitulah khidupan sy..
Slalu akn ada yg mghubungi sy utk b’urusan..
Bila xde phone 2 susah la jgk..
Lg2 ade mcm2 event ni kn..
Al-Hafiz..
Pengerusi Badminton yg sgt memahami..
Jutaan terima kasih buat dy yg bnyk buat kerja..
Sy ni tolong sikit sgt utk kejohanan 2..
Dialah yg btungkus lumus..
Sampai kena mrh dgn peserta sbb ada yg cuba hubungi sy tp xdpt..
Minta maaf di atas segala kkurangan & ksilapan ye..
Kami akn cuba perbaiki di masa akn dtg..
Thax to someone yg tlong sy g bli brg masa kejohanan 2..he3
Bila ditimpa musibah bgini baru lah kita dpt lihat siapa rakan kita sbnrnye..
Alhamdulillah..sy bsyukur sgt..
Ramai yg dtg membantu..
Ramai yg nk beri pinjam hp..
Special thax to Akmal Rayyan coz really care about me..he3
Anda mmg sgt baik..=)
Serius takut nk pinjam phone dy lame2..haha
thax tw akmal..ulat bulu~~huhu

Pertandingan nasyid pun baru je lepas..
Sekadar mengisi masa lapang bg unit pra shja..
Utk merapatkan ukhwah..
Bkn snang kami b’enam (pompuan)..
Nk bkumpul dn bsesak dlm satu bilik..
Mcm2 pengalaman yg kami dpt masa latihan..
Pengalaman t’kurung di s~u~d~o pon ade..haha
Mujurlah ada yg mlepaskn kami dr situ..
Ish..1st nyanyi di khalayak..walaupun xramai..
Yg pnting pengalaman 2..
Sukar nk d cari ganti..
Klau bukan sekarang, bila lg..
Btol x??huhu..
Sekian shja..
Syg kamu semua SAHABAT~~^^,

âäHxÅzF{$# ¥‹Í´tBöqtƒ óOßgàÒ÷èt/ CÙ÷èt7Ï9 <r߉tã žwÎ) šúüÉ)­FßJø9$# ÇÏÐÈ  
67. Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).




Duhai insan bergelar hamba, 

Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang, 

Hidup ini tidak selalu senang... 


Adakalanya,
Hidup ini sering bergolak,
Hidup ini sering dilambung ombak...

Duhai insan bergelar hamba, 
Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan,
Hidup ini dirancang Tuhan... 

DIA maha mengetahui segalanya, 
DIA arif tentang ciptaanNya...

Duhai insan bergelar hamba,
Usah dipertikai segala ketentuan,
Usah dipersoal segala takdir Tuhan,
Usah dirungut segala perancangan...

Tempuhilah kehidupan dengan redha,
Hadapilah segala fitnah manusia,
Harungilah segala fitrah dunia, 
Laluilah segala dugaan dariNya...

Gagahi diri dengan keimanan,
Perkasakan diri dengan ketaqwaan,
Kuatkan diri dengan Al-Quran, 
Yakinkan diri dengan janji Tuhan...

Duhai mujahid,
Yang impikan mardhatillah, 
Usah gentar,
Usah gusar, 
Usah sedih, 
Usah menangis, 
Usah kecewa, 
Usah terkesima...

Berjalanlah di bumi ini, 
Dengan keyakinan yang mantap. 

Bergeraklah di bumi ini, 
Dengan keimanan yang kuat. 

Berlarilah di bumi ini, 
Dengan ketaqwaan yang sebenar. 

Jangan! 
Jangan ditangisi apa yang terjadi. 

Jangan dikesali apa yang menimpa,
Jangan dirunguti apa yang ditentukan.

Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

Di sebalik sedih pasti ada gembira,
Di sebalik tangisan pasti ada hilai tawa. 

Duhai pejuang, 
Bergembiralah dengan setiap dugaan.

Senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
Berbahagialah dengan segala ujian,
Kerana sesungguhnya,
ALLAH dekat denganmu.
(dipetik dr iLuvislam.com)

Saturday, April 30, 2011

Err..GigI sy!!

Assalamualaikum..(“,)

 


Erm…ramai suke usik sy bila tgok gmbar2 candid slalu nmpk sy senyum nmpk gigi penuh..

Siap kate model gigi darlie lagi..

Uish..malunyer jd bahan usikan g2..

Tp xpe..gigi sy rata you~~huhu..syukurlah..he3

Gigi mampu merungkai rahsia peribadi..jom tgok!!haha..


Jarang dan kecil 

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak  syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi  kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.
Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata 

Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa  membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?
Perasan..(^_~)..huhu..:P

Besar dan jarang 

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil 

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud  pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil,
bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu,  dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah
kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki.
Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini  agresif orangnya dan ringan tulang! 

Tidak tersusun 

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum  menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi
hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat  memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. 
Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain

Seolah masuk ke dalam

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan  tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun 

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini  dikatakan
suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!!

Sumber: di sini

Ape2 pun..bsyukurlah dengan nikmat Allah berikan..
Xsemestinya ape yg ditulis ni betul..
Klau sama pun mgkin kebetulan..
Kalau ade perkara yg baik 2 same..
Teruskan utk mnjadi yg lbh baik pula..
Andaikata sebaliknya..
Muhasabah diri & perbaiki di masa akn dtg..
Wa’Allahualam~~~~

Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang." (Riwayat Muslim)

Thursday, April 21, 2011

SaLahKah aQ mEmuJi mU?

Assalamualaikum~~


Salahkah aku memuji mu?

“saya suka tengok awak senyum..menawan..”

Hihi..seronoknya ade orang puji aku..bangga betul!![detak hati]

“Awak3..cantiklah awak hari ni..”

Amboi3~~macam flying kt atas awan la plok..eh2..xjejak tanah rase kaki ni..hua3..[teruk  btol tahap bgga dia~~:P]

Huh!tolonglah~~
Jgn biarkn diri anda hanyut dan lemas dalam pujian yep!!

Satu persoalan menjelma~~

“Salahkah saya memuji anda?..”

Tak salah..setiap yg baik i2 dtgnya drpd Dia..
Bila2 masa klau Dia mahu anytime Dia blh tarik nikmat 2 dr kita..
Dan pada saat dan ketikanya i2..tinggalah aku dgn segala kelemahan dan kkurangan ku..
Adakah kau bsedia mnerimanya?
I2 lah yg saya takut sbnrnya..sy takut bila segala nikmat i2 ditarik semula dr sy..
Sy xmampu nk mghadapi hidup ini dn myalahkan Dia atas nikmat yg ditarik..
Ttp pdhal sms ade nikmat 2 sy xbsyukur pd Dia yg mnciptakan..
Malahan terus2an b’bgga dn merasa bhgia dgn sgala pujian tsebut..
Teruk kan diri ini?
Bersyukurlah dgn nikmat yg diberikan..InsyaAllah..Allah akn tmbah lg nikmat kalau kita b’syukur..^_^



Jendela Hikmah:Oleh Prof Madya Maznah Daud

“SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah:

              “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.”
 (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya.
Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.

Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya.

              Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

              “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

              “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Begitulah dia Rasul kita..Qudwah Hasanah kita..
Walhal dalam menerima pujian pun Rasulullah telah beri kita panduan terbaik..

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda. 

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.
 

InsyaAllah..sama2 lah kita amalkan dlm khidupan seharian kita..
Alhamdulillah~~^_^



DOA MENERIMA PUJIAN

Imam An Nawawi ra meriwayatkan:

Saiyidina Abu Bakr As Siddiq ketika menerima suatu pujian dari manusia, lalu dia berkata:

"Ya Allah! Engkau lebih mengetahui tentang diriku dari diriku sendiri, dan aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka. Ya Allah! Kau jadikanlah diriku lebih baik dari apa yang mereka sangka, dan ampunkanlah dosa-dosaku tentang apa yang tidak mereka ketahui, dan janganlah Engkau siksakan aku dengan sebab apa yang telah mereka perkatakan."



*Amaran!!
Saje nk ingatkan..citer sy xbest pon..huhu